Thursday, March 17, 2016

MAUI'ZATI IKIM.FM USTAZ AHMAD DUSUKI




1.   buatlah amalan yang orang lain boleh ikut. kita bina masjid, orang lain pun ikut kita ikut masjid
2.   kita buat kejahatan contoh jisap dadah, orang lain ikut, kita akan dapat dosa walaupun sudah mati. sudah bertaubat, harap diterima Allah. atau kita kena isytihar jangan ikut amalan yg kita pernah buat tu.
3.   amalan baik cth mengajar. siapa ajar satu ayat dari kitaB Allah,cth: surah al ikhlas pada anak dia, Allah akan kembangkan pahala dia sampai kiamat
4.   dosa jari:hina ulamak cthnya. orang ni akan berdosa sampai dia meghadap Allah.
5.   buat masjid. 
6. jaga akhlak. sebagai bekalan bila mati nanti. antaranya anak yang soleh.biasakan keluarga bawak ke kubur. supaya dapat ingat kebesaran Allah. kita mati nanti kita perlukan anak yang soleh. anak saudara adalah anak kita juga walaupun tidak berkahwin. anak angkat atau anak susuan. hamba Allah akan diangkat darjat. ditanya semula,dari mana aku dapat ya Allah,dari istighfar yang diucapkan oleh anak kamu kepada kamu. Rasulullah SAW cerita kelebihan anak yang soleh diriwayatkan dari Ibnu Abbas:umat aku adalah umat yang disayangi,masuk dalam kubur,keluar dari bersih dari dosa kerana istighfar oarang mukmin yang hidup terhadap si mati. pastikan ada akhlak kita utk orang yang hidup. samada jiran,saudara,anak kita.
7.   Rasulullah ada sebut:7 perkara pahala sentiasa mengalir pada org mati: orang yang mengajar ilmu pada orang lain 2: org yg suka mengalirkan air. org arab payah dapat air. 3: org yg membuat telaga dan wakafkan telaga. 4: org tanam buah,wkafkan pokok tu pada orang. 5: org yg bina masjid. siapa yg berinfak utk bina masjid, Allah akan bina sebuah syurga utk dia nanti 6:wakafkan alquran 7: org yg tinggalkan anak yg mohon keampunan utk dia bila dia mati
8.  org org yg dtg selalu sebut rabbana fighrlana waliikhwaninallaziina sabakuuna biliiman...
9.   pada hari kiamat akan ikut seseorang.sebesar gunung pahala tu, Allah jawab tu lah istighfar yg anak kamu sebut utk kamu bila kamu mati,subhanallah
10.      Rasulullah SAW .ibu saad bin ubadah meninggal. dia x da di sisi ibu dia.. dia tanya Rasulullah ada x benda bermanfaat utk aku sedekah pada dia Rasulullah? Rasulullah ckp ada. aku bersaksi bahawa kebun aku ada tu ak sedekah utk kamu utk ibu aku. Allah bagi pahala pada keduanya,ibunya dan saad bin ubadah
11.     ibnu umar meriwayat:jika salah seorang kalian bersedekah, niat utk org tua. Allah xkan kurangkan pahala org yg sedekahkan tu.
12 org cerdik org yg bersiap sedia utk mati. kalau sedia sahaja tanpa muhasabah, akan rasa cacat bila menghadap Allah nanti. 

Sunday, January 17, 2016

aku menulis bukan karena nama

assalamualaikum.. 
allhumma solli Ala Muhammad
rindunya nak berblog..
insya Allah aku nak kembali menulis. aku cuba kongsi  beberapa pengalaman hidup. buat pedoman insya Allah. semoga berbuat dengan apa dikata.. amiin line slow lo ni.. nanti aku update hihi.

Sunday, April 14, 2013

TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥



Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..



 Kredit to ~Medan Telekung. 

Sunday, February 3, 2013

PANGGILAN ALLAH KEPADA KITA

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.

- Panggilan pertama adalah Azan,
- Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji,
- Panggilan ketiga, adalah KEMATIAN.

Jawablah 3 panggilan itu dgn hati yang tenang . InsyaAllah Syurga adalah
balasannya.

Paling utama jawablah panggilan yang pertama itu, yang kedua hanya untuk
mereka yg mampu,
yang ketiga pula pasti semua akan terima...



STATUS:ZAINAB AFINA

Thursday, January 24, 2013

renungan

Salam Maulidur Rasul semua. Baru tengok lecture Syeikh Abdurraheem Green hari ni. Sangat layan. Sangat serius dan sangat bersemangat. Good as a Maulidur Rasul Booster!

Antara benda yg berdesup terkesan kat diri saya adalah apabila dia cakap..

"Watch our tongues. If you don't have anything good to say, then shut up!"....
Jaga lidah kita, Kalau kita takde benda baik untuk di cakap, jangan cakap apa-apa

"Treat your work like the toilet! go only when you need to!"...
Anggaplah pergi kerja tu macam pergi tandas, pergi hanya bila perlu saja.

"Blessed is the one who is so preoccupied with his or her own faults that he doesn't have time to find faults in others. That is a fortunate person"
Akan di rahmati, seseorang yang sangat sibuk menjaga kesalahan mereka sendiri yang beliau tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain. Orang ini sangat beruntung.

"If we work hard to take care of our own sincererity / Ikhlas in practising our deeds, we would not have time to look for faults in others"
Jika bekerja keras untuk menjaga keikhlasan perbuatan kita, kita takkan ada masa untuk mencari kesalahan orang.

"It is not enough for our actions to be sincere but it must also be correct!"



via:afdlin shauki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)