Sunday, April 14, 2013

TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥



Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..



 Kredit to ~Medan Telekung. 

Sunday, February 3, 2013

PANGGILAN ALLAH KEPADA KITA

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.

- Panggilan pertama adalah Azan,
- Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji,
- Panggilan ketiga, adalah KEMATIAN.

Jawablah 3 panggilan itu dgn hati yang tenang . InsyaAllah Syurga adalah
balasannya.

Paling utama jawablah panggilan yang pertama itu, yang kedua hanya untuk
mereka yg mampu,
yang ketiga pula pasti semua akan terima...



STATUS:ZAINAB AFINA

Thursday, January 24, 2013

renungan

Salam Maulidur Rasul semua. Baru tengok lecture Syeikh Abdurraheem Green hari ni. Sangat layan. Sangat serius dan sangat bersemangat. Good as a Maulidur Rasul Booster!

Antara benda yg berdesup terkesan kat diri saya adalah apabila dia cakap..

"Watch our tongues. If you don't have anything good to say, then shut up!"....
Jaga lidah kita, Kalau kita takde benda baik untuk di cakap, jangan cakap apa-apa

"Treat your work like the toilet! go only when you need to!"...
Anggaplah pergi kerja tu macam pergi tandas, pergi hanya bila perlu saja.

"Blessed is the one who is so preoccupied with his or her own faults that he doesn't have time to find faults in others. That is a fortunate person"
Akan di rahmati, seseorang yang sangat sibuk menjaga kesalahan mereka sendiri yang beliau tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain. Orang ini sangat beruntung.

"If we work hard to take care of our own sincererity / Ikhlas in practising our deeds, we would not have time to look for faults in others"
Jika bekerja keras untuk menjaga keikhlasan perbuatan kita, kita takkan ada masa untuk mencari kesalahan orang.

"It is not enough for our actions to be sincere but it must also be correct!"



via:afdlin shauki

Friday, January 11, 2013

istiqamah perlukan mujahadah nafsu

pagi tadi, masa dekat Tasik Kenyir terbuka tv 9 rancangan Tanyalah Ustaz. lepas tu terpaku dekat isi kuliyyah ustaz tu, ustaz tu cakap lebih kurang camni la:

'Istiqamah ialah amalan yg dilakukan yg semakin lama, semakin bertambah baik. 

Ibaratnya macam kalau dulu kita pergi derma kat tabung masjid rm 1.00 sekarang pulak, derma rm 1.50. 

beza dengan konsisten pulak, sama tak berubah. kalau dulu rm 1.00 sampai la ni rm 1.00' lepas tu otak bekerja dan berfikir.

orang kata nak berubah tu payah, tapi nak istiqamah dlm satu-satu amalan tu laaagi payah. kita sendiri ni dah berjaya ke, memperbaiki amalan kita dari sehari ke sehari atau amalan tu takde peningkatan langsung? hmmm.


status: Tg Farra Waheeda

pesan Rasulullah sebelum tidur






SEBELUM tidur, Rasulullah SAW
berpesan kepada Aisyah ra:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara,
iaitu:
1. Sebelum khatam Al-Quran
2. Sebelum membuat para Nabi
memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meredhai
kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan
umrah "
Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah .. Bagaimana aku
dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:
1. "Jika engkau tidur bacalah: Al
Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al-Quran."
Bismillaahir ROHMAANIR rohiim,
Qulhualloohu ahad
'Alloohushshomad' lam yalid walam
yuulad 'walam yakul lahuu kufuwan
ahad' (3x)
2. "Membaca selawat untuk ku dan
para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari
kiamat". Bismillaahir ROHMAANIR
rohiim, Alloohumma shollii 'alaa
Muhammad wa'alaa alii Muhammad
(3x) "
3. "Beristighfarlah untuk para
muslimin maka mereka akan
meredhai kamu". Astaghfirulloohal
adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal
hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih
(3x)
4. "Perbanyaklah bertasbih,
bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan - akan kamu telah
melaksanakan ibadah haji dan
umrah".
Bismillaahir ROHMAANIR rohiim,
Subhanalloohi walhamdulillaahi
walaailaaha illalloohu alloohu akbar
(3x)
* Untuk ingatan kita bersama.*
Pesanan Rasullullah:- Sampaikan
PesananKU walau sepotong Ayat

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI






Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

>>untuk renungan para wanita dan admin juga<<
-jati

Monday, January 7, 2013

‎... CONTOH SUAMI TELADAN ...





Bismillahir-Rah manir-Rahim ... Kalau ada pakaian yang kotor, Rasulullah mencucinyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi pemimpim keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutu seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan
peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahasia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahasia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain karenanya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sehati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan para sahabat mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah.

Fisikalnya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Wallahua’lam bish Shawwab ....
Barakallahufiku m ....

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

~ o ~

Salam santun dan keep istiqomah ...

--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....

Sunday, January 6, 2013

PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH SIHAT..




Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed

"Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala



1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

dosa tanpa henti





Kata sahabat saya, "Semakin canggih teknologi, semakin canggih cara membuat dosa. Kalau dulu keluar rumah tanpa menutup aurat, baru dikira dedah aurat. Sekarang, tidak keluar rumah pun sudah dedah aurat di Facebook/Twitter.

status:sham kamikaze

TIDUR YANG SUNAT DI KEJUTKAN




Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat
kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”

(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezeki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu.

Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari – sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang.

Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.

Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap.

Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)