Monday, December 24, 2012

SEMINAR MENCARI PASANGAN PART 3


  • 3 benda kena disegerakan:1) waktu solat masuk disegerakan solat..bila dah masuk waktu,kita x solat...rasa laen ja kan...2)jenazah segera dikuburkan...ustak cakap punya laju van jenazah bawak jenazah...sampai boleh kalah f1 kalau lawan kat litar..laju beno sampai jenazah terus masuk ke liang tinggai nak kambus ja..haha punya nk segera tu...baguih3...3)anak bila sampai usia(x kira usia berapa2 asal matang) dikahwinkan...
PETUA CARI JODOH

  • jika kita punya niat yang baik,, Allah akan berikan jalan..

  • kena yakin anda ada jodoh menanti..memang kena yakin sangat..sebab ada 1 kisah bilamana seorang sahabat nabi dia sedang sakit tenat,nabi tanya dia ada apa2 permintaan yang nak ditunaikan sebelum meniggal...dia cakap dia teringin nak kawenn..nabi carikan calon untuk sahabat tu...dan ada seorang perempuan nak kawen dengan sahabat tu..lpas kawen terus sahabat tu meninggal dunia...subhanallah...dr. pon cakap mek wok yg umur 103 thn tu pon dapat jodoh lelaki umur 28 thn..apetah lagi kita ni insya Allah setiap orang ada jodohnya..Allah bertindak menurut pemikiran hambanya...jadi kena yakin pada Allah

  • kena berusaha dengan cara yang betoi...antara usahanya...clean your heart.."barangsiapa yang cuci pinggan, malaikat akan doakan hati dia bersih...barangsiapa yang cuci tandas, dapat hilangkan riak,takbur dsb..(kata ulama sufi)..lepas ni suma duk berebut2 nak cuci tandas balik seminar ni.buang tebiat pa anak aku (monolog dalaman mak bapak hehe)..kalau ada 12 tandas kat 1 blok...suma berebut2 nak cuci...x pa2 buat jadual hehe

  • jangan patah semangat..

  • seimbangkan diri dan jadikan diri sebagai magnet..carenye..1HATI KENA BERSIH, NIAT KENA MURNI.2)POSITIFKAN MINDA 3) USAHA DAN TINDAKAN CEMERLANG 4) IBADAH DAN DOA MANTAPP 5) HUBUNGAN YANG CEMERLANG6) PENAMPILAN ANGGUN..niat bila nak keluar bekerja,belajar...doa moga Allah temukan jodoh...kat dalam bas ka,dalam kelas ka,,pejabat ka...ha pasni amalkan..jom 7)ADA GURU/MENTOR CEMERLANG 8) BENTUK BUDAYA DIRI CEMERLANG..dengan mencuci hati setip hari..caranya dengan maafkan orang,mengaji, istighfar,solat taubat,meminta maaf..dr asyik tegaskan ja pasal bersihkan hati ni..memang pentingg..8)sayangi semua orangg 9)BERFIKIRAN TERBUKA 10)BERSEDIA BERTEMU PASANGAAN SETIAP MASAA 10)BUKA HATI DAN MINDA UNTUK CINTA karena Allah bertindak seperti apa yang difikirkan oleh hambanNya 11)BERKOMUNIKASI DENGAN GELOMBANG MINDA -em kadang orang doa jodohkan lah aku dengan si polan bin softland..tapi takut3 jodoh tu bukan yang terbaik untuk kite, die da baek tp takut3 dia x baek utk kita..,,so better doa gini :jodohkanlah dengan orang yang baek utk aku, dan aku baik utknyaa.."12) JANGAN LEWAT NYATAKAN HASRAT-x salah perempuan mulakan dulu tapi dengan cara yang bersopann

  •                    

  • 13) BERKOMUNIKASI DENGAN MESRA DAN SEMANGAT 14)AMALKAN DOA PETUA DAPAT JODOH

AHA ANTARA DOA3 NYA ADALAH:



  • surah yusuf:4
  • pelindung sifat -ve: allahumma ini aauuzubika minal hammi wal hazan...(dalam ma;thurat ade)
  • ayat seribu dinar
  • ayat kursi-1000x sehari= 20x selepas slat fardhu-rezeki terbuka, masalah selesai,dapat jodoh insya Allah
  • 3:31
  • asy syuaara:19
  • doa 12 pintu
  • bismillah 5
  • 4:1

ada kisah..........

siti ruqayah dan ummu kalthum anak2 nabi ni..suami pertama mereka adalah anak abu lahab..iaitu utbah dan utaibah..utbah dan utaibah dipaksa abu lahab untuk menceraikan anak3 nabi tersebut..ruqaiyah nangis jiddan weh...sedih kot..tapi nak katenye ade hikmah di sebalik dia melepaskan sesuatu kerana Allah..Allah gantikan dengan yang superdduper lagi baik iaitu sapeeeeeeee..aha..insan tersebut ialah saidina uthman affan..perghh bertuahh...ehm..ade satu hari...Ruqayah sedang menyikat rambut saidina uthman...uthman tertidurr...ruqaiyah hendak mengejutkannya, namun nabi menegah,..nabi meminta agar ruqaiyah melayannya dengan baik..nabi cakap "x da orang yang sama macam aku melainkan uthman..." subhanallah..

nak katenye...kalau kita tinggalkan amalan2 contoh kapel yang hanya menambahkan dosa..kita tinggalkan kerana Allah...kita mujahadah nafsu, insya Allah Allah akan gantikan yang lebih baikkk..yang penting kita yakin dengan janji Allah...



  • camna nak tahu orang tu baik utk kitaaaaaa?? aha...ia dinamakan attraction of heartt.

ade satu kisah: nabi Muhammad SAW sedang berjalan dengan saidina umar, tiba2 ada seorang badwi arab rentap kain yang ada pada leher nabi, kasar sampai berbirat..umar bengang gile lalu die pegang pedang dia..tapi nabi tahan perlakuan saidina umar tu dan tanya pada si arab tu secara lembut..."nak apa...?" lalu si badwi tu cakap "wahai Muhammad ape yang kamu ade,, bagi suma pada aku..."..nabi tersenyum dan cakap..:khadam bagi semua apa yang ada.." subhanallah betapa baiknya nabi kita...Allahumma solli ala Muhammad...kejahatan dibalasnya dengan kebaikan


lalu us don buat kesimpulan:

  • beliau pesan..jaga kaki kita, jangan ubah kaki kita lepas solat fardhu,selagi x istighfar 3x dan baca lailahaillah yang wirid lepas solat tu sebanyak 3x..dah abih baca baru boleh lipat kaki kita..insya Allah sunnah nabi ni jika kita lakukan dapat hapuskan doosa2 kita..
  • buka hati untuk jodoh
  • beliau pesan lagi..orang yang mata biru (pakai konteks lens) belum tentu dapat pasangan, ada jodoh..tapi insya Allah kita yang mata hitam..ikut nabi yang bermata hitam juga.insya Allah dapat jodoh...nak katenye kat sini..toksah buat perkara yang Allah larang..seperti berhias lebih3..sampai kepada nak mengubah ciptaan Allah, fesyen yang lebih2 sampai lari niat asal iaitu nak tutup aurat semata2 untuk dapatkan jodoh..aha...
  • dalam jodoh..guna cara islam..insya Allah.islam tu x kolot..
  • di hujung jalan nanti kita semua akan kembali kepada islam..buktinya..bila kita meninggal..orang hadiahkan yasin..maknanya kita kembali pada quran jugak kan..saidina umar berkata: kita 1 bangsa yang Allah bagi mulia kerana islam. sapa yang pilih selain islam, maka Allah akan hina dia...


sekian coretan aku sampai di sini..maaf ada yang x da explaination detail sebab aku x salin full..syok sgt dengo..kalu dengo betol23 llagi masyuk dan zouqq..jadi mohler kite rajen2kan badan hadiri majlis ilmu..x rugiii...walaupun x rase nak kawen...datang je la majlis ilmu yang berbetuk gini..ape salahnye kan..jom jadi orang yang cintakan ilmu..love Allah,love Rasulullah..love ulama'..TAKBIR!!!!!!!




puisi mata kecilku by bro afdlin shauki






Allahu akbar! Ini puisi yang disampaikan sebentar tadi oleh Bro Afdlin Shauki. dimulakan dengan ta'awuz.

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!


from page:aqsa syarif

syed qutb


Syed Qutb dilahirkan di Asyut, Mesir pada 1906, ketika berumur 10 tahun sudah hafal Al Quran. Pada tahun 1948 Syed Qutb dihantar berkursus di Amerika. Berita Hasan Al Banna dibunuh sampai ke Amerika dan Eropah beliau mendapati kematian itu diraikan dengan penuh kegembiraan oleh orang Amerika dan seluruh Eropah. Apabila ditanya mereka begitu gembira kerana Hasan Al Banna telah dibunuh.
,
Setelah pulang dari Amerika Syarikat, Syed Qutb mengkaji kehidupan Hasan al-Banna dan membaca seluruh risalahnya. Akhirnya beliau menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Pada tahun 1953 Syed Qutb bergabung dengan Ikhwan Muslimin, beliau berjanji untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna lantas mengubah dirinya daripada seorang penulis menjadi seorang pendakwah.

Pada 13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan yang sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan revolusi. Ekoran daripada itu, tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhkan hukuman mati, termasuklah Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali. Syed Qutb dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif meninggal dunia, Syed Qutb ditangkap semula atas tuduhan bahawa beliau sedang merancang satu rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan dan beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati .


Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Gamel Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb meminta agar menulis surat meminta ampun daripadanya dan Syed Qutb akan dibebaskan. Beliau menjawab dengan tegas.


“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar, aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan”.

Pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan dunia Islam.

Tuesday, December 18, 2012

kenapa kita tak nampak Allah

Soalan utk Shah Kirit....
Kenapa kita tak nampak Allah..??
Shah Kirit : Katakan sy pencipta pen ini (tunjuk pen)... pen ini tidak dapat melihat sy tetapi saya dapat lihat pen ini... pen ni adalah makhluk & sy penciptanya... 
Begitu juga Allah menciptakan tanpa kita dapat melihatNya... Tetapi Allah Maha Melihat kita, makhlukNya...

:dalam slot dialog harmoni

status: sakinah izer

isu syria



Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...








from:khazinatul asrar

mukmin professional



Sabda Rasulullah S.A.W: “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang mukmin, semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik baginya. Ini tidak akan terjadi kecuali hanya bagi seorang Mukmin iaitu; jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan, dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” [HR Muslim]

Monday, December 17, 2012

bicara tv alhijrah:saudara kita di palestin

Point daripada BICARA @ TV ALHIJRAH. Antara point yang sempat ditaipkan ketika perbincangan:

Kalau kita dapat linkkan dua ni, kita makan makanan ni, tapi kita bunuh sebenarnya bunuh orang ni. (Perkaitan antara boikot produk Israel yang terang2 menyokong Israel).

Banyak negara bukan islam, yang boikot produk2 Israel ni. Seorang rakyat di suatu negara tu, menegur secara baik tentang hak bayaran cukai dia. Dia tak mahu kerajaan dia, gunakan tax yang dia bayar, utk sokong Israel.

Ini dia, ini dia duit yang kita belanjakan sebenarnya. Bro Afdlin mengingatkan tentang seorang kanak2 yang ditembak satu di bahagian dada, satu lagi di kepala.

Kita rasa benda ni kecik (tentang boikot), sebab kita sorang yang buat. tapi kalau kita buat? kalau Malaysia buat? Kalau Indonesia buat? Kalau negara lain pun ikut sama?

"Sekarang ni, masa update, "Eh, abang Afdlin kat Israel? An-Nazlah? Google maps patut kembalikan nama Palestin di peta.

"Cukuplah dengan tangisan, we will rebuild Gaza. Samada rakyat Malaysia nak ikut ke tak, itu terpulang kepada anda. Mereka akan terus berjuang."

"Nantikan dokumentari daripada Bro Afdlin Shauki. Bagaiman keadaan pukul 5 di Gaza, pukul di KL, pukul 7 di Gaza, pukul 7 di KL." Kami tidak sabar untuk menontonnya!

"Kita kena fikirkan bagaimana nak bina balik ladang2 zaitun. Banyak kepakaran di Malaysia yang boleh dimanfaatkan."

"Saya selalu dengar lagu tu (Michael Heart, We Will Not Go Down), sebelum pergi ke sana saya dah dengar. bila saya sampai ke sana, baru saya dapat rasakan semangat tu."

Penutup

As-Saff, ayat 14. Sedikit ulasan dari pengacara tentang Kisah Nabi Isa, Wahai orang beriman, jadilah kita sebagai orang yang menolong agama Allah! Wahai rakyat Malaysia! Mahukah kita menolong bebaskan Palestin?





via:aqsa syarif

lawak solat part 1


maghrib tadi lepas solat..aku lepak dengan adik2 kesayangan aku...sembang2 la...ak tanye la adik aku yang laki tu...cite la kem yang dia p aritu..dia ni jenis x suke bukak mulut sangat..tapi mase tengok tv mulut tebukak jugak hehe..pastu die cerite..aku pun terkejut die tibe2 nak bercerite...aku tanya la imam muda ade mengisi pasal ape...cite tentang ape..die pon cite..alkisah cite pertama im mujahid cite:


ade seorang pemuda ni..gaya dia rock3 gitu..name die mamat...die bekenan dengan sorang minah ni dan name die memang minah pon...die pon pergila ke rumah minah untuk meminang minah..arakian die pun mengetuk pintu rumah minah...lalu si bapa yang terjengul keluar..si mamat ni straight to the point je cakap nak pinang si minah...tapi bapa si minah kureng bekenan dengan penampilan si mamat yang rock..rambut panjang ala2 bob marley(tetibe) dan memang x de nampak gaye ustaz gitu ler...lalu serta merta di rejek...

namun mamat tetap x berputus asa...dia pon mai lagi ke rumah minah pada esok harinyerr..

esok hari die mai dengan penampilan yang berbeda..dengan berkopiah dan berjubah segala..ha...dan akhirnya dia diterima menjadi suami kepada si minah...ha Alhamdulillah..hehe..maka bermula la episod suami isteri..

adat keluarga si minah ni deme kena sembahyang jemaah..lalu si mamat berasa cuak dan cakap "minah, abang mane reti jadi imam"..lalu minah cube menenangkan hati si suami yg gundah serta gulana dengan mengatakan "takpa,nanti bapak yang jadi imam"..tiba2 masa nak solat si bapak mintak si mamat yang jadi imam...mamat cuak bukan main..mamat pun bagi la macam2 alasan..ddan akhirnya dapat dia ngelat..minah pon sempat cakap pada suaminya"bang, nanti abang ikut je ape yang bapak buat mase solat nanti taw"..sebab si mamat ni memang x reti solat..hampeh sungguh mamat..

mase solat bila si bapak takbir...mamat pon takbir kuat2...si bapak bermonolog dalam hati cakap "kena rasuk ke menantu aku ni".bila si bapak baca alfatihah kuat2,mamat pon turut serta baca kuat2...

lalu si bapak berasa cuak dan berpaling belakang seraya menjerit kuat2 "woi mamat ko kena rasuk ni!!" terus si bapak lari keluar ikut tingkap dan jatuh ke dalam longkang...si mamat tanpa melepaskan peluang turut ikut serta keluar ikut tingkap dan jatuh ke dalam longkang jugak, lalu mamat tersengih sambil berkata

"oooo macam ni rupenye cara solat ye pak"....

lawak solat part 2

kitorang gelak sakan walaupun adik aku bercerita dengan penuh tanpa perasaan..lalu aku mendesak "oppa cerita la lagi lagi nak lagi"..adik aku pulak terlupa nak cerita gapo...dan akhirnya dia teringat cerita yang im najdi cerita...ceritanya begini...




ada 3 orang mamat nama dia bob,ciko dan ali....satu hari depa duk lepak2 saje..tibe2 lalu pak imam...pak imam tanye "aku x pernah nampak kome ni solat kat masjid.jom la kita jemaah same2"...lalu deme bertiga pon tanpa memikior panjang terus bersetuju untuk solat...baguih depa ni...rock2 tapi dalam hati ade iman..

dan mase solat maghrib tu,...ade deme bereempat je..ish2..pak imam tu pon menawarkan ciko untuk jadi imam..ciko pon tanpa perasaan tampil ke depan untuk jadi imam..lalu dia pon start la solat...baca alfatihah dengan bagus...tiba2 masa part nak baca surah...ciko terdiam begitu lama sekali selama 15 minit...tiba2 ciko berpaling ke belakang dan bertanya pada pak imam..."pak imam,surah ape nak baca??.."ha ha hampeh sungguh si ciko ni.."seraya pak imam dalam hati...

lalu si bob pulak tawarkan diri untuk jadi imam...lalu solat pon bermula dengan bacaan surah alfatihah oleh bob dengan suara parau ala2 ramli sarip..time part surah...bob membacakan surah alkafirun...namun yang anehnya dia asyik mengulang2 part ayat yang ke 3-5...dia duk ulang2 la...syok tu duk ulang2...sampai la dia paling ke belakang dan tanya "pak imam,ape ye lepas tu..??hehe".."ha ha haprak sungguh si bob ni..x blh pakai..haishh"keluh pak imam..


lalu harapan terakhir yang tinggal hanyelah ali...ali pon  ke hadapan menjadi imam...dan akhirnya pak imam dapat menghembuskan nafas kelegaan sebab ali berjaya jadi imam dengan merdunya dan betul bacaan dari awal sampai habis...syukur3 hehehe

dan akhirnya lampu masjid dipadamkan..depa bereempat nak jalan keluar dari masjid...pak imam sempat puji si ali sebab akhirnya dapat jugak jadi imam yang sebeno3nye...lalu ali pon berkata.."he he pak imam,jangan puji lebih3...tu belom saya ambil wudhuk lagi.."

lalu pak imam pon pitam..

TAMAT..



kesimpulannya:nak laksanakan ibadah,perlukan ilmu..hatta ilmu yang kita rasa remeh macam adab dalam tandas pun kita perlu belajar..dan agak2 la kan dalam pemilihan imam..kena menepati beberapa kriteria...ha...itu saje hehe

coret moret





hehe...1 hari mase tengok warkah cinta di t alhijrah...kami sekeluarga duk puji3 heliza..dia tu berbakat..mengacare la berlakon la..pandai suma...cntik...pahtu tibe2 ade suare sumbang kate.."ha mak...along boleh la dengan dia.." pahtu mak aku buat muke toye kat abang aku hahah...abang teman kenan pulak kat heliza...tapi ok jugak rase..hehehe..harap2 kak heliza bace entri ni haha...

petua cari pasangan








haritu teman tengok sembang santai bersama prof sidek..tetamu dia farrah adeeba...bincang tajuk wajarkah perempuan yang memulakan..ha lebih kurang gitu la...x ingt plak...ape yang nak teman highlight kat sini ialah kak farrah kate..kapel sume tu mmg buang mase dan...

salah 1 cara nak cari pasangan ialah LIBATKAN DIRI DALAM SOCIETY...aha...dia kata dari situ kita boleh kenal dia macam mana..kalau time masuk waktu solat...adekah dia terus nak pi solat...atau lengahkan atau tak buat lansung...masa macam di ambang susah...adekah dia nak marah2 atau tenang saje...ha dari kerja persatuan or pendapat aku jemaah..kita boleh nilai dia macam mana..menarik kan??hehhee..dan beliau pun kahwin dengan husband yang sama kerja dalam satu society..hehehe...ade banyak lagi penerangan yang bes...malangnye teman dok ingat..senonyer nak hapdate terus lepas dengo aritu tapi duk pemalaih...

Thursday, December 13, 2012

Dosa tinggal solat








 Hukumnya :

Solat Subuh → Dimasukkan ke neraka selama 30 tahun..
Solat Zohor → Seperti membunuh 1000 orang umat Islam..
Solat Asar → Seperti meruntuhkan Kaabah..
Solat Maghrib → Seperti berzina dengan ibu bapa..
Solat Isyak → Allah SWT tak redha tinggal di bumiNya, makan dan minum rezekiNya..

Sunday, December 9, 2012

seminar mencari pasangan part 2

kali ni giliran us don pulak..us don cita...


  • ramai yg duk kol beliau tanya pasal dia ni da kawen pahtu nak cerai pulak 1 jam dia duk cita kat ustak ...pahtu dah abih dia cita..us don tanya..1 soalan ja.."tuan, ada solat jemaah tak dalam rumah"??terus terdiam orang tu...pahtu giliran ustak lak ceramah 1 jam kat orang tu heheh..tu kes sebelom ustak kawen...pah ustak kawen pon ustak ade terima panggilan lagi..kes yg sme cuma da kawen 10 tahun gitu..tiba nak cerai...ustak tetap tanya soalan yg sme..tetap orang tesebut terdiam..nak katenye SOLAT JEMAAH DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN tu sangat la penting..ni punca berpanjangan sesebuah perkahwinan..

  • siapa2 yang kahwin kerana kecantikan, maka x dijadikan bagi dia melainkan kehinaan, siapa2 yang kahwin kerana keturunan, maka x dijadikan bagi dia kerendahan, tetapi  siapa2 yang kahwin kerana untuk menundukkan padangan, menutup maruah, maka dia akan mendapat rahmat Allah
giliran dr fadzilah kamsah

CIRI2 LELAKI IDAMAN

  • hensem (macam tadi la sejuk mata memandang)

  • berakhlak beragama

  • kaya

  • kemas dan mengancam...time ni beliau kata muka da hensem..tapi bila angkat tangan(sambil buat gaya)masya Allah berbau!!.bayangkan la gaya beliau yg smgt tu kan...bila aku cita kat sini x rase sangat hahe..pahtu beliau pi buat gaya bau kat us don pahtu beliau cakap ha..wangi...pahtu kat krill lak dia cakap ha..boleh tahan la...haha...nabi pn suka wangi2an."aku suka wangi2an..."..sedangkan peluh nabi pn sahabat2 amik setiap titis sebab baunya macam minyak wangi..subhanallah...tapi kita??aishh..

  • romantik...nak katenye nabi ni punya romantik...nabi suka panggil isteri baginda,..baginda letak tangan atas bahu isterinya, lalu baringkan isteri baginda atas ribanya..wah3..pahtu beliau tanya kat ustak don ngan krill " ha penah buat x??" hahah...pahtu beliau kate ha nanti balik rumah buat...hehe

  • gentleman..beliau cita kisah benar beliau penah nampak ade 1 pasangan ni suami dia dalam 55 kg gitu...macam berat us don..isteri dia 90kg.depa pi shoping...suami dia duk pegang sayur ja...isteri dia pi angkut guni beras hahah..apa punya da gentleman

  • bijak dan matang..x kira umur berapa tapi perempuan suka laki yg matang

  • pintar buat keputusan

  • tolak ansur yakni x berkira

  • mampu bimbing wanita

  • x terlalu egoo..imam terbaik mampu jadi makmum terbaikk

  • x mudah merajuk...sifat merajuk ni hanya untuk perempuan ja...ingat tu...dr. byk kali tegaskan..yela isteri baru nak merajuk...x jadi merajuk sebab suami dia da merajuk awal2 haha...sapa nak pujuk..

  • kelakar
BERSAMBUNG........

SEMINAR MENCARI PASANGAN PART 1

Alhamdulillah...pade tanggal jummaat 7 disember aku,tiqah,kawan adik die dan adik tiqah sampai ke kuis setelah menempuh jalan yg begitu sukar,dengan jam banget,hujan yang amat lebat banget smpei x nampok jalan,..tapi bile niat tu nak pergi ke arah kebaikan Alhamdulillah Allah mudahkan...aku asik ter lena ja dalam keta.hoho...lepas maghrib, bergegas pi dewan..hmm...ramai banget orang..akhirnya dapat jugok tiket dan masuk ke dalam dewan yg nan indah hehe..

ok aku nak berkongsi ape yang aku dapat dari dua panel yg amat aku minat dan hormati..iaitu us don dan dato dr fadzilah kamsah serta moderator krill(betoi ka eja) dari snar fm...mantap amat..


  • us don memulakan forum dengan bait2 indah dari al-quran iaitu surah az-zariyat ayat49 iaitu Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). mesti da biase dengo kan..nak katenye..setiap menda tu mesti ada pasangannya...dan us don pun cakap mana asal perkataan JANTINA??ha teka2...jawapannya iaitu jantan+betina..hahaha..ustak kate napo x letak lepuan?hehehhe.


  •  saidatina Aishah seperti yang kita ketahui seorang insan yang sangat hebat...tapi dia ada 1 ja kekurangan...sikit ja...beliau x pandai masak...manakala isteri nabi yang paling pandai masak adalah safiyah..(kalau salah eja habaq mai nohhh)

  • us don gemar cerita pasal sirah...bes sangat...ada 1 kisah di mana safiyah masakkan makanan untuk nabi...tiba2 aishah nampak makanan tersebut, lalu aishah ambil pinggan berisi makanan tu lalu dilemparkan kerana beliau jeles..heheh...kalau kita yang suami mesti rase nak maroh ye dok..tapi nak katenye nabi ni insan yang sangat sabar masya Allah...baginda kutip satu persatu makanan tu lalu baginda panggil aishah  dan makan sama2...wah romantik kan..betapa romantik dan sabarnye nabi...Allahu..pahtu Aishah rase macam serba salah la beliau camtu tadi..pah ceroh(ape ni haha) kalau kita yg suami ni mesti marah balik..ha kau ni patut aku lempar jauh2 masuk sungai..tapi nabi kate berhikmah ja..nabi cakap balaslah pinggan dengan pinggan,makanan dengan makanan...

  • Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikan-Nya (Allah) antara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir..
kemudian turn dato dr fadzilah kamsah pulerr:

  • beliau mulakan slaid dengan kita ni sebagai manusia kena bersyukur...cara nak bersyukur antaranya, 1)buat sesuatu dengan terbaikk 2)doa, maafkan orang lain...beliau sangat tekankan ini,.sebab ni salah 1 cara nak bersihkan hati.. 3)bantu orang.."Allah akan bantu hambanya selagi mana hambanya membantu orang lain dengan ikhlas)"..memang sedebuk debik kena kat aku yang pemalas ni...moga aku sentiasa bawa hadis ni kemana2 ja...mudah2an..

  • pegang dengan hadis ni"kalau kita tertarik pada seorang wanita kerana rupanya, maka cinta kita akan pudar, jika kita tertarik seorang wanita kerana hatinya, maka cinta akan kekal hingga ke akhirat" insya Allah...

  • wajah itu cerminan hati (imam ghazali)
CIRI2 WANITA IDAMAN

  • AHAH ni yg ditunggu2 kan..pertama cantik...cantik tu bukan cantik yg memang cantik...tapi kalau dapat cantik tu pa salahnya...tp cantik yg membawa erti sejuk mata memandang..

  • berakhlak dan beragama.."tidak ada tanggungjawab bagi seorang ayah melainkan memebri nama yang baik2 pada anak2 dan mendidik akhlak baik pada anak..dan beliau pesan jangan lupa baca doa masa tengok cermin..ha google sendiri..usaha la...hehe sebab beliau kata budak2 tadika pung hapai doa ni dalam pelat2 deme mse ni beliau buat gaye baca doa ni gaye budak2 comel haha..dan jangan rase diri ni dah cukup baikkkk...bahayee weii..kate aku ni da cukup baik dahh boleh dok kawengg..sedangkan "kita ni dikira baik bila kita dapat sebut kalimah syahadah bile kita meninggal nanti"

  • kaya

  • keluarga yang baik

  • bijaksana tapi x menunjuk-yang pandai dna tidak memandai2..penting ni...sebab laki kan depa rasa rendah diri dan macam maruah dipijak2 ewah tu ayat..yela jatuh ego bila orang puang ni tunjuk depa lebih pandai dari suami dia...ni ape penerangan dr. aku x ingat pulokk

  • yakin dan bahasa badan menarik..

  • memahami lelaki...

  • tidak terlalu cerewet....beliau cakap ajal maut tu di tangan Alllah...tapi menurut kajian beliau antara sebab lelaki cepat mati,,bile istri banyak cakap..hahaa....perempuan kalau banyak cakap sangat x molek beno...beliau kate banyakkan puji pasangan...insya Allah panjangkan umur sebab semua hormon gembira keluar..endorfin bla bla..dan luang masa peluk pasangan 10 saat..pahtu dr. tiba2 cakap us don peluk dok..kene qada peluk sbb 3 bulan x jmpa wife..hehehe...yela wife ustak kan kat mesir la ni..hehe lwok time ni ustak kire2 kat jari brapa lama dia kena peluk isteri..

  • beri suami apa yang dia nak sebelum suami mintak

  • x terlalu cemburu...ada hadis taw....orang perempuan ni cemburu tanda dia beriman...jadi x salah cemburu cuma kena pada2 la..jangan le over....cemburu ikut cara isteri nabi..manakala lelaki kalau x cemburu tanda dia dayus...mak yus ish3..

  • x canggih sangat..sotifiskated...betoi ka ni eja...cth.."eh yang..i nak tukar jap payung i..x same la dengan kaler kete u..."hahha..canggih beno...x usohle gitu benor..
BERSAMBUNG..........


Friday, December 7, 2012

masalah





bila Allah hadirkan masalah dalam hidup kita, DIA pasti hadirkan jawapan jugak untuk kita..

menjadi diriku





"Bila kita kenal diri sendiri...kita jadi diri               sendiri"

Tuesday, December 4, 2012

nasihat imam hasan al basri

‎"Apabila aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku ini yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

(Imam Hasan al-Basri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)