Friday, November 9, 2012

cara nak fasih lancar dan betul baca al-quran



tahukah kita sejauh mana kesahihan kita dalam membaca Al-Quran ? macam mana caranya ? luangkanlah masa utk memperdengarkan bacaan kita kepada orang lain dan mintalah pandanga
nnya...kdg2 kita rasa kita dh baca dgn baik, tapi sebenarnya tidak..
sebab apa kena baca dgn betul ?

kerana sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه

Maksudnya:

Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya.


Laknat ini terjadi apabila pembaca membacanya tanpa tajwid, seperti mana yang disuruh oleh Allah Taala dalam firmannya yang beraksud :

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid.

#satu lagi yang penting,

فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح
لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم

Maksudnya:

Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.


Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.

*yang penting tajwid dan tadabbur dahulu, barulah lagu.. :) wAllahu a'lam >_<








status:

Syahrul Azlan
Comments
1 Comments

1 ngomelan:

Anonymous said...

claimed the majority of people cover most of the loans on time in addition to without having fines
A leading debts charitable organization can expect the quantity of families switching to them all for enable about pay day loan bad debts for you to twin it. arrears charitable shows about buy your short term, increased appeal funds this current year. All the charitable organisation reveals several years back the volume of customers using them had been trivial.
pożyczka na dowód lubelskie
kredyt na dowód cieszyn
kredyt na dowód osobisty
witryna internetowa
witryna domowa

http://szybkapozyczkaonline.com.pl
http://pozyczki-prwatne.org.pl
http://szybkapozyczkaonline.com.pl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)