Tuesday, November 27, 2012

boleh tak nak tangguh berubah jadi baik??

Di kelas seni ,4.05 ptg..

SAHABAT A : "2 tahun lagi,saya pun nak pakai mcm ni."(sambil-sambil tuding jari ke arah seorang sahabat bertudung labuh.)

Cikgu seni : "Kalau esok mati?"

SAHABAT A : =.=' "Harap-harap xmati esok lah cikguuu.."

CIKGU SENI: "Harap saje..tp,awak tau and yakin ke xkan mati esok? Ajal dan maut kita hanya Allah. So?? Kalau nak berubah,cuba lah usaha berubah.. Jgn mulut aje ckp 'mau berubah' tapi kita langsung xde usaha ke arah perubahan.

SAHABAT B: "Usaha cmne tu cikgu?"

CIKGU SENI : Contohnya,usaha berubah daripada pakai baju lengan pendek tukar kepada mengamalkan pakai baju lengan panjang. Daripada pakai tudung xmenutup dada,skrg cubalah pakai tudung yg labuh dan menutup dada,seterusnya pakailah baju yg longgar bukan baju yg ketat sendat mcm yg kamu pakai ni. Jangan lupa jugak,transformasi bukan hanya pada luaran,tapi juga dalaman.. Dalaman tu lah yg penting untuk kita kekal istiqamah. Ingat tu !

SAHABAT A : T.T "Terima kasih cikgu."

CIKGU SENI : "Sama-sama..Sekian sahaja tazkirah petang drpd ustaz hensem. Ehem2."

SAHABAT A dan B : =.='











fesbuk: erry's K

kenapa bersusah payah nak buat baik?




Baru-baru ini semasa berprogram di UiTM Selayang, moderator melontarkan soalan kepada saya:

"Mengapa kita perlu bersusah payah menjadi baik?"

Jawapan saya:
"Cuba bayangkan ya bila kita mati dan kemudian dibangkitkan semula, berdiri di had

apan Allah, kemudian Allah tanya: Umurmu yang telah Kuberikan, kau buat apa dengannya? So kalau tak jadi baik, kita nak cakap apa dengan Allah nanti masa itu?"

Kemudian saya terangkan pula bagaimana Allah ini amat detail hisabNya. Hinggakan orang-orang yang derhaka meminta untuk dihidupkan semula agar mereka mampu beramal soleh kerana takutnya mereka selepas melihat azab Allah(ada dinyatakan dalam Surah As-Sajdah) manakala di dalam Aurah An-Naba' ayat yang terakhir, orang kafir hingga berkata: "Alangkah bagusnya kalau aku ini tanah sahaja dulu."

Ya. Usaha jadi baik memang tak mudah. Tetapi sebab Allah yang kita kena jumpa di akhirat nanti, sebab itu kita usaha jadi baik.

Maka, baik susah-susah dahulu, dari menyesal sia-sia di akhirat nanti.





-hilal asyraf-











p/s: haritu pergi bengkel dakwah media bersama akh hilal n us pahrol n akh zahidin..akh hilal ada cakap x salah kopi n pasta tapi ace cube bawah tu buat ulasan dari kita sendiri..jadi aku nak cube try la ni..bukan hape aku kadang malas nak ulas..hehe..ish3..kalau diniatkan semua tu kerana Allah insya Allah x da rasa malas kan..jadi aku nak ulas jugak dari status akh hilal ni..memang betol..dunia ni penuh dengan tipu daya..da banyak ayat quran yang Allah tegaskan bahawa hidup ni permainan ja,senda gurau..tapi ramaii yg tertipu..isk3 bile cakap ni...aku pun turut alpa terkadang tu..dunia ni memang penjara bagi oragn mukmin..penuh dengan keseronokan..tapi tu sume sementara..sebab tu kite kene mujahadah..sebab syurga tu bukan senang2 gitu ja nak dapat masuk.Allah...bile fkir balik...aku ni layak ke salah sorangnya??bile denga 30 minit us don pg td..dia ada habaq..cube muhasabah diri kite ni..dah banyak ka amalan yang aku buat untuk aku masuk syurga nnt??us haron din kalu x silap ka hasan din..us don cita..cukup kah dengan ilmu yang aku beri,ceramah yg ak sampaikan, ubat2an free, perubatan free yg aku bg kt orang ni cukup da ka untuk nak buatkan aku dapat masuk syurga??Allah..sampai gitu sekali...itu orang hebak tu..dah banyak kerja dia untuk islam>??tapi AKU???x semudah tu ja nak masuk syurga dengan goyang kaki ja..muhasabah...

Monday, November 26, 2012

kisah pemuda dan kopi



kisah seorang tua dan pemuda yang hampir nak bunuh diri..orang tua meminta pemuda mengambil cawan lalu dimasukkan serbuk kopi dan orang tua meminta pemuda itu meminumnya..pemuda itu mengatakan kopi itu pahit..lalu orang tua itu ketawa...kemudian orang tua pergi di tepi perigi dan mengambil setimba air kemudian dimasukkan serbuk kopi lagi dan meminta pemuda tadi meminumnya..dan pemuda itu mengatakan ianya tidak pahit..begitulah kehidupan..masalah diibaratkan sebagai serbuk kopi..dan bekas air diibaratkan sebagai jiwa kita..jika besar jiwa kita,,maka masalah itu dapat diselesaikan walau sebesar mana masalah itu..JOM JADI HAMBA BERJIWA BESAR...HEHEH

di sebalik ujian


bila kita rasa kita ditimpa masalah, ingat balik nabi ayub lebih diuj..dia ada segala-galanya tetapi kemudian dia hilang segala-galanya..diuji dengan ladang2 ternakan rosak, anak-anak dimatikan, isteri lari dari baginda..penyakitnya berlanjutan selama 17-18 tahun.. isteri baginda pernah bertanya:"engkau kan nabi, kenapa engkau tidak memohon pada Allah..supaya mudah kerja dakwah dll.." nabi ayub kata:" kalau aku boleh hidup 70 thn..kenapa aku tidak bleh hadapi penyakit ni yang cuma beberapa tahun sahaja.." Subhanallah

Thursday, November 22, 2012

pesanan utk isteri


Jika kita mendedahkan kelemahan, sikap buruk, kekurangan, kesilapan pasangan kita (suami-isteri..BERMAKNA...kita sedang mendedahkan kelemahan, sikap buruk, kekurangan dan kesilapan kita.

Samada dizahirkan terang-terangan ataupun sembunyi pada orang luar dari rumahtangga kita.
Kita sering baca dan lihat status-status di fb, twitter, blog dsb yang memaparkan status berunsur keluhan, raih simpati, s
akit hati dan luahan perasaan. Kalau luahan pasangan couple tidak halal, kita pun tidak peduli.

Tapi apabila pasangan yang sudah berkahwin, memaparkan keluhan demi keluhan tentang pasangannya - suaminya - kita katakan "delete sahaja status itu, ini bukan tempatnya."

Pasangan suami isteri mana tidak pernah berselisih? Pasangan mana tidak pernah terasa hati? Suami isteri mana tidak pernah buat silap?

Jika setakat pertengkaran kecil biasa, terasa hati biasa, atau hati terluka dengan dosa lama pasangan kita, tidak perlulah berlarutan hingga ke pengetahuan umum. Kawan-kawan tidak perlu tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga kita.

Jika sampai peringkat pukul dan dera secara fizikal, barulah boleh melalui rundingan wakil keluarga atau lapor kepada pihak berkuasa kemudian melalui proses perceraian apabila rundingan sampai ke jalan mati.

Untuk suami yang tambah isteri lebih dari satu, kita sedia faham isteri pertama hatinya terluka dan terguris rasa. Namun, juga tidak ada keperluan bercerita keburukan suami di khalayak. Jika suami gagal dalam tanggungjawabnya, tindakan undang-undang syariah sentiasa terbuka. Fasakh boleh dipinta bila dah terlampau kritikal.

Jangan jadi isteri derhaka samada secara terang mahupun sembunyi, antaranya yg disebut isteri NUSYUZ dalam hadis-hadis yang anda boleh cari sendiri matannya:-

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.
2. Menyakiti hati suami.
3. Puasa sunat tanpa keizinan suami. ( atau ibadah lain )
4. Keluar rumah tanpa izin suami.
5. Meminta cerai daripada suami.
6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.

---
Jangan sebab kita rasa tak bahagia, sedang suami jalankan tanggungjawabnya dengan baik, maka kita bercerita kelemahannya.

"Suami suka marah-marah. Suami tidak menghargai. Suami cakap kasar. Suami panas baran. Suami tak belikan benda ni. Suami banyak salah pada masa lalu. Suami ulang silap lama. Suami masih ingat skandal lama. Suami ini, suami itu...bla bla..Oh hatiku terseksa, hati tak bahagia..duka lara.."

Perlukah semua ini diluah di public?

Sekiranya anda jadi suami, dan anda terlihat kata-kata seperti ini di wall isteri sendiri, tidakkah sakit hati?

Bila suami sakit hati, cuba jawab:

"Di mana tempat kembali si isteri itu nanti?"

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :


                                                                            



☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai
...keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

titik perubahan







Lapan tips praktikal untuk membantu Palestin :

1. Perbaiki amal ibadah kita

2. Solat fardhu di awal waktu, sebaiknya berjemaah

3. Perbanyakkan doa untuk Palestin

4. Menderma kepada misi kemanusiaan di Palestin

5. Menjaga dan menepati masa

6. Bekerja dan belajar bersungguh-sungguh

7. Membaca bahan bacaan yang membina jiwa dan pemikiran

8. Mendalami potensi diri untuk disumbangkan kepada Islam

:: Jom sama-sama praktis! :: :)

status: devotees

Wednesday, November 21, 2012

Gaza hari ini

semalam tengok berita ada seorang warga gaza ni ditemuramah...dia ada 3 orang anak x silap..lepas tu care nak bagi supaya anak dia x takut dengan bunyi2 bom, die suruh anak die bermain-main supaya x perasan dengan bunyi2an tu..tapi anak2 die tetap dengar jugak..Allahu..di sana ramai yang syahid..yang hidup pula mengalami masalah mental yg sangat teruk..Allahummansuril islama wal muslimin fi falastin

kesihatan or kekayaan?

manusia di antara umur 20-40 tahun menggunakan kesihatan untuk dapat kekayaan..tetapi pada umur 40 tahun mereka menggunakan kekayaan untuk dapat kesihatan...

-dr muhaya-



di kala waktu tu kesihatan da terjejas..sukar la nak dapatkan badan yang sihat..

Sunday, November 18, 2012

muslims are not terrorist


                      

Today The International Media Specially Western Media They Are Saying That..."All Muslims Are Not Terrorist But All Terrorist Are Muslim."

But If You Go Back T
o The History Of The World You Will Find 100% Falsehood In This Statement.
For Example, In The History Of The World Who Has Killed Maximum Innocent Human Beings?????

1) "Hitler"
Do You Know Who Was He?????
He Was A Christian!!
But Media Will Never Say That Christians Are Terrorist!!!!!

2)Joseph Stalin Called As Uncle Joe
"He Has Killed 20 Million Human Beings Including 14.5 Million Were Starved To Death"
Was He Muslim??

4) Mao Tse Tsung (China)
"He Has Killed 14 To 20 Million Human Beings."
Was He Muslim??

5) Benito Mussolini (Italy)
"He Has Killed 400 Thousand Human Being.
Was He Muslim??

6) Ashoka
"In Kalinga Battle He Has Killed 100 Thousand Human Being.
Was He Muslim??

7) Embargo Put By
George Bush
In Iraq 1/2 Million Children Has Been Killed In Iraq Alone!!!
Imagine This People Are Never Called Terrorist By The Media.
Why??

And Added

When America takes 1 million lives in Iraq for oil: Muslims?
When India kills 5 lakh people in Kashmir , Rapped their women: Muslims?
When Serbs rape Muslim women inKosovo/Bosnia: Muslims?
When Russians kill 200,000 Chechens in bombings: Muslims?
When Jews kick out Palestinians and take their land: Muslims?
When American drones kill entire family in Afghanistan/ Pakistan: Muslims?
When Israel kills 10,000 Lebanese civilians due to 2 missing soldiers: Muslims?

When Muslims retaliate and show you how you treat us:
"Terrorism?"

It seems like the word
"Terrorism" is only reserved for Muslims.

There are millions and millions of Muslims all over the world since centuries, if Islam encourage Terrorism and killing the innocence, everyone will be dead!

Today The Majority Of The Non Muslims Are Afraid By Hearing The Words "Jihad"

Jihad Is An Arabic Word Which Comes From Root Arabic Word"Jahad" Which Means "To Strive" Or "To Struggle"
"To Strive Or Struggle" Against Evil And For Justice, It Does Not Mean Killing Innocents ,The Difference is We Stand Against Evil , Not With Evil"

Please SHARE to maximum people as possible so that they'll know the truth!

Wednesday, November 14, 2012

YANG WAJIB DIDAHULUKAN YG SUNAT PULA MENYUSUL

anak murid: ustaz, ganjaran2 ibadah sunat sgtlah besar, kalau cmtu boleh x saya xyah buat yg wajib, sy buat yg sunat je?

ustaz: bgoz2. anak sape ni? oh anak pak mat tempe. 
cmnilah seman, aku bg contoh senang.

kau keje dgn boss kau. dye ckp kalau keje ikut office tyme xde keje overtime gaji ko RM5000. tp kalau ko keje + overtime gaji ko RM7000.

boleh x ko ckp kat boss ko cmni "ar boss boleh x sy amik yg overtyme je? keje waktu office xyah?"

bukan setakat gaji overtyme ko xdpt, ngn ko2 sekali kene buang keje.

nk dpt phl yg sunat yg wajib jgn tggal. org sekarang terpedaya. yg wajib diremehkan yg sunat diutamakan.

anak murid: oh~ (nganga beso). ustaz ada anak prmpuan x?

ustaz: eh apsal tbe2 ni?

anak murid : sy nk overtyme :3

ustaz: lgkah mayat aku dulu -.-





STATUS: 
Azfar Hamdii

Sunday, November 11, 2012

TEKNIK MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH S.A.W


Teknik Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W
Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.
Credit to one-ummah.net and http://mirlme.com/



Berkata Umar al-Khattab r.a: “Aku tidak takut doaku ditolak tapi aku lebih takutkan aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa"

Friday, November 9, 2012

cara nak fasih lancar dan betul baca al-quran



tahukah kita sejauh mana kesahihan kita dalam membaca Al-Quran ? macam mana caranya ? luangkanlah masa utk memperdengarkan bacaan kita kepada orang lain dan mintalah pandanga
nnya...kdg2 kita rasa kita dh baca dgn baik, tapi sebenarnya tidak..
sebab apa kena baca dgn betul ?

kerana sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه

Maksudnya:

Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya.


Laknat ini terjadi apabila pembaca membacanya tanpa tajwid, seperti mana yang disuruh oleh Allah Taala dalam firmannya yang beraksud :

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid.

#satu lagi yang penting,

فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح
لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم

Maksudnya:

Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.


Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.

*yang penting tajwid dan tadabbur dahulu, barulah lagu.. :) wAllahu a'lam >_<








status:

Syahrul Azlan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)