Friday, October 19, 2012

pesanan luqman al-hakim

Anak Luqman Al-Hakim bertanya kpd ayahnya apakah yang perlu ada untuk orang itu menjadi baik.

Jawab Luqman Al-Hakim, Duhai anakku untuk menjadi orang baik yang PERTAMA adalah punya AGAMA. Jika orang itu punya agama dan menjaga serta mengamalkan syariat agamanya dia itulah orang baik.

Soal anaknya lagi, yg kedua?. Jawab Luqman, KEDUA kena ada AL-MAAL (harta atau duit), kerana utk beribadah kne tutup aurat, nak tutup aurat kne ada pakaian yg boleh menutupinya, nak ada pakaian kne beli, nak beli kne ada apa? tak lain dan tak bukan kne ada fuluuuuuuuussss. (DUIT)....:)

Yang ketiga wahai ayahku? KETIGA kne ada MALU. Kalau tak malu haiiissshh susaaahhh. Mcm2 benda pelik org buat. Jika ada rasa malu, seorang itu akan malu dgn Allah untuk melakukan maksiat.

Yang keempat? KEEMPAT ialah HUSNUL KHULUQ (Akhlak yang baik). Jika akhlak orang itu baik, dia baikla tuuuu... :) Orang yang baik akan menampilkan akhlak yang terpuji yang boleh dijadikan suri tauladan dan contoh ikutan buat saudaranya.

Yang kelima? KELIMA ialah PEMURAH. Orang baik itu pemurah. Kerana rezeki jika diinfa'kan ke jalan yang benar tak akan rugi. Bukankah tangan yang di ats itu lebih baik dari tangan yang di bawah.

Yang keenam wahai ayahku? Duhai anak, jika orang itu punya 5 perkara ini dia inilah orang yang bertaqwa dan dialah kekasih Allah, Syaitan akan lari daripadanya.

*ayat2 ni diubah ikut fahaman sy, tapi harapnya maklumat ini tidak tersimpang dr landasan.

*renovate dari ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Hj. Abdul Majid (mudir Maahad Derang), semalam di Program Taqarrub Ilallah. via :Sharil Hazri
Comments
0 Comments

0 ngomelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)