Wednesday, October 31, 2012

masih nak lengahkan solat?

sayyidina umar r.a memohon agar dimatikan dalam keadaan syahid. Allah perkenankan doanya dengan mendatangkan abu luqluq al majusi (penyembah api) yang menikam sayyidina umar sebanyak 3 kali di perut sehingga terburai perutnya ketika beliau mengimamkan solat subuh.

sayyidina umar r.a jatuh ke tepi, lalu abdur rahman bin auf mara ke depan menyelesaikan solat subuh dgn bacaan yg ringkas. abu luqluq
al majusi menikam beberapa orang sahabat yang lain lalu menikam dirinya sendiri. mereka semua mati di situ.

sayyidina umar r.a diberikan air susu untuk diminum, namun air susu itu terlihat keluar dari perut bersama darah. kemudian beliau pengsan. apabila sedar, soalan pertama yang ditanya beliau, "adakah telah selesai kamu semua solat subuh". mereka menjawab ya. kemudian beliau bertanya, "siapakah yang menikam aku". mereka menjawab abu luqluq.

sayyidina umar r.a mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah datangkan seorang kafir bagi membunuhnya. lalu beliau meminta air dari anaknya. anaknya bertanya, "untuk apa air, bukankah tadi susu telah keluar dari perut setelah meminumnya".

sayyidina umar r.a berkata, "aku meminta air bukan untuk diminum, tetapi untuk aku mengambil wudhu' kerana solat aku belum lagi selesai".

-----------------------------

tanya diri kita, di mana kita campak solat yang difadhukan kepada kita? mengapa kebanyakan masa yang ada kita suka melengahkan dan membiarkan waktu solat berlalu sedangkan ia perkara pertama dihisab.








Comments
0 Comments

0 ngomelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)