Wednesday, October 31, 2012

jangan takut untuk berubah^^









Jangan pernah takut untuk berubah menjadi lebih baik, kerana Allah akan hantarkan insan-insan yang baik mengelilingi kita, bila kita terdetik untuk berubah.

Biiznillah. 

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama"
[HR Bukhari dan Muslim]

JOM menjadi yang lebih baik dari sekarang  semoga semuanya kerana Allah :")

fesbuk:
Abirah Ubairah

masih nak lengahkan solat?

sayyidina umar r.a memohon agar dimatikan dalam keadaan syahid. Allah perkenankan doanya dengan mendatangkan abu luqluq al majusi (penyembah api) yang menikam sayyidina umar sebanyak 3 kali di perut sehingga terburai perutnya ketika beliau mengimamkan solat subuh.

sayyidina umar r.a jatuh ke tepi, lalu abdur rahman bin auf mara ke depan menyelesaikan solat subuh dgn bacaan yg ringkas. abu luqluq
al majusi menikam beberapa orang sahabat yang lain lalu menikam dirinya sendiri. mereka semua mati di situ.

sayyidina umar r.a diberikan air susu untuk diminum, namun air susu itu terlihat keluar dari perut bersama darah. kemudian beliau pengsan. apabila sedar, soalan pertama yang ditanya beliau, "adakah telah selesai kamu semua solat subuh". mereka menjawab ya. kemudian beliau bertanya, "siapakah yang menikam aku". mereka menjawab abu luqluq.

sayyidina umar r.a mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah datangkan seorang kafir bagi membunuhnya. lalu beliau meminta air dari anaknya. anaknya bertanya, "untuk apa air, bukankah tadi susu telah keluar dari perut setelah meminumnya".

sayyidina umar r.a berkata, "aku meminta air bukan untuk diminum, tetapi untuk aku mengambil wudhu' kerana solat aku belum lagi selesai".

-----------------------------

tanya diri kita, di mana kita campak solat yang difadhukan kepada kita? mengapa kebanyakan masa yang ada kita suka melengahkan dan membiarkan waktu solat berlalu sedangkan ia perkara pertama dihisab.








Friday, October 19, 2012

pesanan luqman al-hakim

Anak Luqman Al-Hakim bertanya kpd ayahnya apakah yang perlu ada untuk orang itu menjadi baik.

Jawab Luqman Al-Hakim, Duhai anakku untuk menjadi orang baik yang PERTAMA adalah punya AGAMA. Jika orang itu punya agama dan menjaga serta mengamalkan syariat agamanya dia itulah orang baik.

Soal anaknya lagi, yg kedua?. Jawab Luqman, KEDUA kena ada AL-MAAL (harta atau duit), kerana utk beribadah kne tutup aurat, nak tutup aurat kne ada pakaian yg boleh menutupinya, nak ada pakaian kne beli, nak beli kne ada apa? tak lain dan tak bukan kne ada fuluuuuuuuussss. (DUIT)....:)

Yang ketiga wahai ayahku? KETIGA kne ada MALU. Kalau tak malu haiiissshh susaaahhh. Mcm2 benda pelik org buat. Jika ada rasa malu, seorang itu akan malu dgn Allah untuk melakukan maksiat.

Yang keempat? KEEMPAT ialah HUSNUL KHULUQ (Akhlak yang baik). Jika akhlak orang itu baik, dia baikla tuuuu... :) Orang yang baik akan menampilkan akhlak yang terpuji yang boleh dijadikan suri tauladan dan contoh ikutan buat saudaranya.

Yang kelima? KELIMA ialah PEMURAH. Orang baik itu pemurah. Kerana rezeki jika diinfa'kan ke jalan yang benar tak akan rugi. Bukankah tangan yang di ats itu lebih baik dari tangan yang di bawah.

Yang keenam wahai ayahku? Duhai anak, jika orang itu punya 5 perkara ini dia inilah orang yang bertaqwa dan dialah kekasih Allah, Syaitan akan lari daripadanya.

*ayat2 ni diubah ikut fahaman sy, tapi harapnya maklumat ini tidak tersimpang dr landasan.

*renovate dari ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Hj. Abdul Majid (mudir Maahad Derang), semalam di Program Taqarrub Ilallah. via :Sharil Hazri

^^










Kadang kadang kita akan rasa lemah, tidak ada manfaat, tidak pandai, tidak baik and so on~ tapi percayalah, bila kita ada pada keadaan kita paling bawah, kita akan terbuka kepada perubahan yang paling besar dalam hidup kita. Kerana kita rasa kita lemah, kita ingin menjadi kuat, kerana kita rasa kita tidak pandai, kita akan belajar untuk jadi pandai. Remember, when we hit our lowest point, we are open to the greatest change :) And for that, thank you :)

Thursday, October 18, 2012

dont easily judge people by its cover









"Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya."

Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan
 fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.





Jika kita asyik mencari kelemahan orang lain, kita makin sukar untuk melihat kelebihan orang itu.


fesbuk: Hami Asraff

kawan akhir zaman





Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat
Yang ada kini hanyalah
Kebanggaan pada ijazah yang berjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya yang berkroni
Untuk mendapat projek yang tersedia
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah yang suka berbincang
Dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya yang menjadikan kompleks
Tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya artis dijadikan berhala sembahan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seolah alam barzakh itu tidak akan ditempuh..
~ahmf~

Wednesday, October 17, 2012

TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT




Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertan
ya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

P/S : Bagaimana dengan keadaan solat kita hari ini, saya sendiri pun masih belum mampu mencapai solat yang khusyuk, tetapi adakah khusyuk itu mustahil jika kita mengenal akan ‘diri’ dan mengenal siapa Tuhan kita?. Solatlah, sebelum kita disolatkan. Solat adalah amalan pertama yang akan dinilai di padang Mahsyar nanti, jangan tunggu lagi, Kiamat sudah dekat!.

jagalah solat kitee











‎"Dari usrah tadi, diberitahu, lelaki yang tenang itu, adalah lelaki yg menjaga solatnya. 34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.

Sebab tu wanita, kalau tak boleh solat, emosi tak stabil. Sebab tak dapat 34 kali sujud setiap hari dia 'cuti'. 

Solat 5 waktu = 34 kali sujud. Jumlah sujud ni, cukup untuk be
ri ketenangan. Jadi, terjaga solat, terjagalah ketenangan.

Menjaga solat, bukan saja solat 5 waktu, tapi solat di awal waktu. Sujud yang dapat pada awal waktu, itu yang menyumbang pada ketenangan.

Ustaz ada cakap, lelaki yang selalu asyik panas baran, barangkali, puncanya adalah dari solatnya yang tidak dijaga. 

Jadi, resipi ketenangan, adalah solat cukup 5 waktu..dan solat pada awal waktu. Jangan lewat2kan. nasihat untuk diri and semua."

credit : Kamiliaharun Milimilo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)