Sunday, August 12, 2012

uwais al-qarni



Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan 
muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam

ramadhanku sayang



Assalamualaikum sahabat ku sekalian~

Bulan Ramadan. Bulan penuh keberkatan. Setahun sekali je ada. Namun seringkali disalah anggap sebagai bulan untuk berpuasa semata-mata. Malah sering dipanggil bulan puasa. Memang benar, bulan untuk berpuasa, namun bukan untuk berpuasa semata-mata. Malahan, banyak sangat kelebihan yang ada pada bulan Ramadan! 

Antaranya ialah :

1 - Amalan Sunat

Dalam bulan ini, semua amalan sunat tak wujud. Tapi jangan salah faham, maksud saya, bulan Ramadan ni, kalau kita buat amalan sunat, dapat pahala amalan fardhu! Jangan main-main bro! Amalan sunat, tapi pahala fardhu? Terbaik tu! Bayangkan, kita solat sunat rawatib, tapi pahala macam solat fardhu? Even paling kecil pun, masuk masjid kaki kanan, dapat pahala fardhu! Masya Allah.. Sekadar kita set kan kaki kanan untuk masuk dulu masjid, dah dapat pahala fardhu! WOW! (Tetapi jangan lah lepas ini korang berdiri depan masjid, dan keluar masuk keluar masuk kaki, guna kaki kanan. Dah macam main ting ting dah -.-')

2 - Amalan Sunat (sambungan)

Tak habis lagi pasal tadi. Bagi lelaki, sunnah memakai cincin, korang dapat pahala fardhu. Amacam? Hebat tak? Kalau bab masuk kaki kanan tadi, kita dapat pahala sekali tu je. Kalau cincin? Fuuh… Continous flow pahala fardhu~

Bagaimana dengan wudhuk? Anggota-anggota sunat wudhuk? Bayangkan, kita datang basuh tangan sebelum start wudhuk pun pahala fardhu! Kita kumur pun dapat pahala fardhu! Kita cucui telinga pun pahala fardhu! Lap tengkuk pun pahala fardhu! Ya Allah! Tak nak ke? Time kita ambil wudhuk tu, cuba fikirkan hal ini. Tak ke rugi kalah kita just buat benda wajib? Kan?

3 - Amalan Fardhu

Kalau nak cerita soal amalan sunat, memang tak habis la. Nanti masuk bab makan tangan kanan, masuk tandas kaki kiri, tidur mengiring ke kanan dan baaaanyak lagi. Rasanya korang dah boleh start nampak dah kan? Kelebihan amalan sunat di bulan Ramadan ni. Sekarang kita nak cerita amalan fardhu pula. Tau amalan fardhu tu apa? Amalan wajib la senang cerita. Semua amalan fardhu ketika bulan Ramadan, Allah gandakan 70 kali ganda. Ok kita ambil contoh. Contohnya solat fardhu. Bayangkan, korang solat Zuhur sebagai contohnya. Pahala tu darab 70. Ganas tak? Ye lah, sekali kita solat Zuhur, seolah-olah kita solat 70 kali Zuhur! Ya Allah! T__T

Bayangkan pula kalau kita solat jemaah. Try to imagine. Pahala berjemaah dah 27 kali ganda. Tadi cerita pasal 70 kali ganda sebab Ramadan lagi. Mak aih! Baik nya Allah pada kita.. Rasa nak nangis pun ada kan? Ya Allah, tak tergambar apa yang aku rasa kat hati aku ni dengan kekasih hati bernama Ramadan ni..


4 - Pembacaan Al Quran

Kita baca Quran bulan Ramadan? Pergh takyah cakap laa. Ramadan dan Al-Quran tak dapat dipisahkan, seolah-olah isi dengan kuku, aur dengan tebing, kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang. Boleh kata couple of the life la senang cerita. Ayat pertama pun turun time Ramadan kan? =')

5 - Perihal Syurga Neraka

Tadi dah cerita bab amalan sunat. Dah cerita juga amalan wajib. Juga dah cerita amalan membaca Quran. Nak apa lagi? Oh bab Akhirat? Jom kita selidik sikit, apa istimewa juga bab ini, dalam bulan Ramadan tercinta ini ;)

Tau tak, Allah tutup serapat-rapatnya lah, semua pintu neraka yang ada. Memang rapat habis, sehingga kita tak dapat dengar pun bunyi dan bau pun tak neraka tu. Dan pintu syurga pula dibuka seluas-luasnya! Memang luas habis! Kalau dunia kita, pintu ada sekali dengan engsel. Tak terbayang macam mana pintu syurga. Syurga tu 500 tahun perjalanan pun dah boleh bau, apatah lagi kalau kali ini, pintu dah dibuka seluas habis! Ya Allah! Nikmat syurga tak dapat rasa lagi ni… Azab neraka je asyik terbayang T__T

Banyaaak lagi yang ada bulan Ramadan ni. Dan jeng jeng jeng.. Yang terakhir! Cukup la ENAM benda yang best saya tulis mengenai Ramadan ye? Bukannya dah habis, cuma saya ambil mana yang penting dan obviously obvious :P


6 - Malam Seribu Bulan

Haaa… Jeng jeng jeng.. Ni paling awesome. Nak tau apa? Cuba teka? Ada yang dah boleh agak dah apa kan? Apa lagi kalau bukan Inche bernama Lailatul Qadr itu! YEAH! Tau apa itu? Malam lailatul qadr ialah malam special, sangat special yang Allah bagi kat kita, di mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Hebat kan? 1000 bulan dah 83 tahun, 4 bulan.. Siapa yang agak-agak kat sini, sedang membaca mesej ini, dia berumur lebih daripada 83 tahun? Ataupun dia dah beribadah lebih 83 tahun? Sila angkat tangan..

Kan? Bukannya senang kita nak dapat amalan ibadat yang sama macam ibadat 83 tahun, 4 bulan! Ya Allah! Best wuu.. Ye lah, umat kita tak macam umat nabi terawal dahulu. Umur mereka beribu tahun kan? Umur umat Nabi Muhammad SAW pula lebih kurang average 63 tahun.. So logiklah Allah bagi kita malam sebegini kan? Supaya bila sekali kita beribadat di malam Lailatul Qadr yang sangat special itu, dah macam 83 tahun. Kalau 10 kali (10 tahun Ramadan), lagi la.. Dah macam 830 tahun. So fair kan? :)

Tau tak macam mana nak dapat malam ini? Tahu? Takpe saya nak menulis juga. Saya memang gila menaip ;) Semoga bermanfaat lah, insha allah.. Ok kembali ke jalan cerita tadi. Mana nak cari malam Lailatul Qadr? Mudah je. Dalam hadis ada cerita. Malam Lailatul Qadr ini, terletaknya pada 10 malam terakhir Ramadan. Which means 20 hingga habis Ramadan. Kan? Dan ada hadis yang kata, malam-malam ganjil. Kan?

Well, saya bukanlah pakar hadis dan dalil semua ini. Jadi simple je cara saya nak ajak kawan-kawan semua. Kita ambil yang paling koman. 10 malam terakhir. Ganjil ke tak, saya tak tahu. Even kalau bukan malam ganjil pun, well sebagai contoh, kat Malaysia sedang menjalani malam ke 24 Ramadan, sebagai contoh. Tetapi kat negara lain, kan tarikh Ramadan mereka berbeza. Kan? Kita malam, mereka siang. Ada yang sedang mengalami petang. So, apa kata kita 'attack' je 10 malam terakhir. Tak kira malam ganjil atau tidak.

Tips? Kita iktikaf je.. Tak susah. Siapkan barang-barang seperti bantal, selimut, tuala dan berus gigi sekiranya perlu, kemudian boom.. Bertolak ke masjid atau surau berdekatan. Dah masuk, jangan lupa, masuk kaki kanan. Kan pahala fardhu di situ :) Kemudian niat iktikaf.. Pahala continously masuk, selagi mana kita berada dalam masjid itu, even kalau sedang tidur pun. Masya Allah~

Jangan lupa, lagi best kala solat sunat taubat dulu 2 rakaat sebelum tidur. Mana lah tahu kan. Tak bangun-bangun dah ke.. Lagipun sentiasalah jadikan mode kita dalam keadaan taubat, insha alllah.. Dah tu, tidur.. Insha allah mudah bangun, kalau betul betul yakin

(Tips bangun tidur. Cuba kira gandaan 90 minit daripada waktu kita tidur, untuk menentukan pukul berapa yang sesuai untuk kita bangun. Contohnya tidur pukul 12 malam. Kita boleh bangun tidur pukul 1.30 pagi, atau 3.00 pagi, atau 4.30 pagi atau 6.00 pagi. Better bangun 4.30 la kan. Sebab nak tahajud tadi)

Kalau kita miss tahajud, dan dah masuk Subuh, at least kita tak terlepas solat Subuh berjemaah. Confirm la akan ada jemaah yang kejut kita. Tak kan lah tak kejut kan? Wallahualam. Harap-harap dikejut la haha..

Hmm.. Rasanya setakat situ je lah perkongsian kita pada kali ini. Cukup la rasanya, insha allah. Semoga apa yang saya tulis, dapat jadi motivasi dan peringatan untuk kita semua. Saya kongsi bukan maksudnya saya ini ialah yang terbaik, tetapi sebab saya yang perlu banyak belajar lagi.. Insha allah, semoga bermanfaat untuk semua, amin!

p/s :

Dah jelas kan tadi, kelebihan Ramadan.. So no wonder la, sahabat-sahabat Rasulullah SAW dahulu majoriti menangis, bila Ramadan semakin berakhir.. Ramadan yang sangat berkat! Bayangkan lah! Semua info yang saya dah tulis kat atas tu.. Bulan lain mana dapat! T__T

Umar Al-Khattab pun cakap kekasihnya ialah Ramadan.Malah Rasulullah pernah bersabda..

"Sekiranya umatku dapat melihat kelebihan ramadan, nescaya mereka akan berdoa supaya setiap bulan dalam setahun itu ialah Ramadan"

Lebih kurang begitu lah. Macam saya katakan tadi, saya bukanlah pakar hadis.. Saya hanya menyampaikan sahaja.. Well, sedih kan Ramadan dah nak habis . Selepas ini tiada lagi ganjaran macam ini Allah akan beri kepada kita. Syaitan pun akan dibebaskan semula (CEH!) dan banyak lagi la perkara tak best akan berlaku.

So why not kali ni kita hargai Ramadan sebaiknya, sebab tahun hadapan belum tentu kita akan dapat Ramadan itu lagi.. T_T Selagi kita masih sempat, jom hargai sebaiknya.. Walaupun raya orang akan bergembira, why not kita jangan gembira sangat, sebab hakikat sebenarnya, kita sudah habis Ramadan. Bukanlah saya nak suruh anda bersedih ketika Aidil Fitiri. Tetapi nak cakap yang jangan gembira raya itu ialah kerana kita happy Ramadan sudah habis. Kita happy sebab dah tak perlu puasa di waktu siang. Kita happy sebab kita dah boleh melantak di pagi hari. Jangan oh jangan.. Cukup lah sekadar happy kerana kita berjaya menundukkan nafsu syahwat kita. Happy kerana kita berpuas hati dengan amalan Ramadan kiat (kalau kita beramal la.. T_T)

Jadi cukup la. Sebelum saya mengundur diri, pesanan.. Jangan lupa puasa 6 hari sunat di bulan Syawal nanti ya? :)

Assalamualaikum..

"Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah"

Saturday, August 4, 2012

Kenapa Islam diam Olimpik bulan puasa?









ISLAM - orang Islam dan negara Islam – bukan saja wajah bahkan mustahak menyertai Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali itu.

Banyak manfaat dunianya yang boleh didapati daripadanya kerana ia menghimpunkan manusia dari semua bangsa dari seluruh dunia dari berbagai agama dan berbagai ideologi dan kepercayaan.

Boleh dijalin hubungan diplomatik, dagang, politik, kebudayaan dan lain-lain. Sebagai haji mengumpulkan semua umat dari berbagai latarbelakanag hidup dan benua bagi mendekatkan diri kepada Allah, Olimpik membawa ahli dan peminat sukan, di samping bertanding juga bertukar-tukar pengalaman.

Dari sudut apa Olimpik itu boleh mendatangkan pahala dan dapat mendekat diri kepada Allah tidak dapat hendak dibayangkan, tetapi penyertaan orang Islam dikira wajar dan munasabah. Faedahnya antaranya Islam tidak terpencil dalam himpunan masyarakat dunia, dan tidak akan difitnahkan agama yang tiada sukan dan riadah.

Oleh kerana Negara Islam patut hadir, walau pun syiar Islamnya tidak nampak, tetapi wajarlah umat Islam peka ia tidak diadakan dalam bulan Ramadhan, ketika mana umat Islam wajib berpuasa dan puasa itu tidak sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah puasa perut dan tekak serta puasa nafsu.

Takwim Olimpik telah disusun awal. Telah lama duta-duta Islam tahun Sukan Olimpik London 2012 diadakan dalam bulan Ramadhan.

Dan sepatutnya umat Islam mengingatkan kepada Majlis Olimpik Dunia itu tidak mengadakannya dalam bulan puasa. Jika sebuah atau dua buah negara menyampaikan mesej itu mungkin ia tidak diperhatikan, tetapi semua badan Islam dan OIC minta ia diinjak kepada masa yang lain supaya ia tidak mengganggu ibadat orang Islam.

Jika OIC membuat keputusan tidak menghantar wakil dalam sukan itu dalam bulan Ramadhan, kalau pun Majlis Olimpik tidak melayannya, tetapi tuan rumah berfikir dua kali.

Britain berbelanja besar untuk menjadi tuan rumah, kiranya semua anggota OIC tidak menghantar wakil, Britain tidak akan dapat semaksima faedah dari temasya itu.

Temasya itu memberi peluang pelancongan buat negeri itu. Yang datang serentak itu bukan para atlit dan pegawainya saja, tetapi peminat sukan di kalangan orang Islam juga ramai dan jumlah mereka lebih ramai dari orang-orang terlibat.

Orang Islam tidak peduli jika ia hendak diadakan dalam musim haji. Mekah dan Madinah tidak akan jadi kota sunyi jika sukan itu diadakan musim itu.

Tetapi banyak eloknya jika Olimpik itu dibuat luar musim haji.

Tidak akan timbul di kalangan masyarakat dunia betapa Islam hendak mencampur adukkan agama dengan sukan yang membebaskan semua dari sentiment agama masing-masing. Mungkin orang Eropah dan Amerika akan memperleceh ingatan orang Islam itu. Tetapi suatu hakikat penganut Kristian mereka tidak mahu diganggu dalam musim menambut hari Natal.

Apa jua kegiatan besar baik dalam negeri mahu pun antarabangsa, masyarakat barat yang rata-rata penganut Kristian, tidak mahu ia diadakan dalam musim perayaan Natal itu.

Malaysia ada pengalaman institusi pengajian tingginya hendak mengadakan peperiksaan di hujung tahun. Kerana ramai juga tenaga di kampus-kampus terdiri dari orang Kristian, masing-masing telah membuat persiapan awal untuk balik cuti Krismas ke negara masing-masing dalam bulan perayaan itu.

Sekali pun tenaga itu bukan majoriti, tetapi urusan yang diperlukan terganggu kerana ketiadaan mereka.

Kalau masyarakat dunia telah ada ketetapan musim perayaan Natal tidak boleh diganggu, maka adalah pandangan yang wajar dan amat rasional bagi umat Islam menyampaikan pandangaan, eloklah temasya olimpik tidak diadakan bulan Ramadhan.

Mungkin ada ulama yang memberi fatwa demi negara dan bangsa dan bla bla bla tidak mengapa orang Islam berolimpik bulan puasa. Apa pun payah bagi kita menerima hal-hal seperti itu boleh difatwa.

Kerana ia diadakan di bulan barakah itu, bukan orang ke London saja tidak mampu menumpukan urusan ibadatnya, orang tidak pergi tidak dapat menumpu ibadatnya. Masa untuk berzikir telah dicuri oleh program TV mengenai Olimpik.

Malangnya semua orang Islam diam. Ia tanda mereka belum jaga.


Oleh Subky Latif
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=22067

macam mana solat kita?





Hitung khusyukmu dalam solat.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:

"Orang yg menunaikan solatnya tidak ditulis berdasarkan kuantiti solat. Baik ia setengah daripada solatnya, tidak juga sepertiga, seperempat, seperlima, seperenam atau sepersepuluh daripadanya."

Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya:

"Namun, yg dicatat daripada solat seseorang adalah seberapa nilai ke-khusyukannya."

Justeru, lihatlah sejauh mana khusyukmu dalam solat. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.

- Dr Hj Zahazan Mohamed

Friday, August 3, 2012

bersahuuuurr...di situ ade barokahnya



GAMBOR HIASANG






"Mung tau x, aku x sahur pom malam tadi, relax je puase, xde pe2 masalah pom"

Inilah suatu ucapan sombong yang selalu kita dengar dalam kalangan kita sendiri, tanpa disedari dia telah kehilangan suatu nikmat yang cukup besar kerana di dalam sahur itu terkandung terlalu banyak kebaikan, antaranya :

1. Keberkatan
... >Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

2. Membezakan Antara Puasa Orang Islam dengan Orang Nasrani dan Yahudi
>Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” (Imam Muslim)

3. Mendapat Selawat Allah dan Para Malaikat
>Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

“Makanlah sahur!! sekalipun dengan seteguk air!!” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Terjaga..?? Jom on line bersama Allah =)







Penikmat tahajjud adalah hamba pilihan. Tidak semua muslim terpanggil melakukannya. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tuhan kami, Allah Tabaraka Wa Ta’ala turun setiap malam ke muka bumi pada saat akhir sepertiga malam, lalu Dia berfirman’ Siapa yang berdoa kepada-Ku, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku berikan permintaannya dan siapa yang memohon ampunan-Ku, maka Aku ampuni Dia “ ( HR.Bukhari – Muslim).


ramadhan kareem




Bro! Ingat Ramadhan al-Mubarak! Ramadhan Kareem!
Jngan jadikan Ramadhan al-Murtabak! Ramadhan ais-Kreem!

-Tingkatkan prestasi ibadah dgn i'tikaf, tadarus & tadabbur Quran, berdoa, berdakwah, solat sunat, qiam, sedekah, anggaplah ini Ramadhan yg terakhir, capai piala Taqwa kita ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)