Saturday, July 14, 2012

Adab Minum Rasulullah SAW



Berapa kali kita minum sehari?

Sempena hari libur ni eloklah juga buat entri yang berkaitan agama atau kesedaran diri ni kan. 

Sebenarnya cara minum ni ada banyak, cara minum kat kedai kopi lain, cara minum air kat kedai mamak lagi la lain. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang cara minum yang betul iaitu melalui adab minum cara Rasullulllah.

Adab-adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas. Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali saat minum. Baginda bersabda ” Sesungguhnya, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.
4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.

Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Aisyah RA meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”. Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”

Rasulullah SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan Rasulullah pernah dihidangkan dengan semangkuk susu dan semangkuk khamar (arak) pada malam Isra’. Rasulullah walau bagaimanapun telah memilih susu. 

Jibril berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kamu hidayah menuju fitrah. Jika kamu mengambil khamar nescaya umat kamu akan sesat”.
Comments
0 Comments

0 ngomelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)