Friday, July 20, 2012

bercita citalah




Bercita-citalah,
berusahalah,
yakinlah,

dan kita akan berjaya.
--------------------------------
Kalau bukan macam yang kita mahu,
ia akan menjadi macam yang Allah mahu.
Dan apa-apa yang Allah mahu adalah yang terbaik.

copy: hilal asyraf

Tuesday, July 17, 2012

karat jahiliyah




Bila mahu meninggalkan sesuatu, tinggalkanlah kerana Allah.
Namun, bukan dengan meninggalkan Allah.
Kerana sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan kita.
Bahkan kita yang selalu lupa.

-Sahaja aku tinggalkan PERANGAI-PERANGAI JAHILIYAH kerana ALLAH-

Saturday, July 14, 2012

islam the way of our life



Islam itu bukannya ceramah-ceramah di masjid atau di kem-kem, tetapi ia adalah pembuktian di dalam kehidupan.

Ramai saja orang yang datang ke masjid dan menyertai kem-kem tertunduk khusyuk ketika mendengar ceramah, tetapi berapa ramai yang ketika di dalam kehidupannya yang sebenar dia benar-benar tunduk kepada Allah?

Sebab itu, tidak cukup kita menyatakan kita ini Islam dengan hanya pergi masjid, dengar ceramah dan kemudian pulang ke rumah tanpa ada apa-apa. Tanyalah diri kita sendiri, apa yang sudah kita berikan untuk umat dengan Islamnya kita? Adakah cukup dengan hanya dengar ceramah di masjid? Adakah cukup dengan hanya hadir ke kem-kem dan seminar-seminar agama?

Sudah pastilah tidak. Tampilkan Islam itu dalam akhlak dan peribadi kita, dalam kehidupan kita, itu yang lebih dinilai dan lebih mengesani hati manusia.


copy: Afdholul Rahman Che Ani

Adab Minum Rasulullah SAW



Berapa kali kita minum sehari?

Sempena hari libur ni eloklah juga buat entri yang berkaitan agama atau kesedaran diri ni kan. 

Sebenarnya cara minum ni ada banyak, cara minum kat kedai kopi lain, cara minum air kat kedai mamak lagi la lain. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang cara minum yang betul iaitu melalui adab minum cara Rasullulllah.

Adab-adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas. Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali saat minum. Baginda bersabda ” Sesungguhnya, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.
4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.

Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Aisyah RA meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”. Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”

Rasulullah SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan Rasulullah pernah dihidangkan dengan semangkuk susu dan semangkuk khamar (arak) pada malam Isra’. Rasulullah walau bagaimanapun telah memilih susu. 

Jibril berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kamu hidayah menuju fitrah. Jika kamu mengambil khamar nescaya umat kamu akan sesat”.

^^





‎"Bila rasa nak buat maksiat, jangan buat.Bila dah buat, bersedihlah kerana kamu musuh Allah.Segera taubat dan bila dah taubat, bergembiralah kerana kamu kekasih Allah..."

AURAT






Agak ramai wanita mengatakan, pakaian mereka tidak melambangkan akhlak dan hati mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman muslimin yang soleh & yg berilmu. Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka melihat pakaian wanita sebagai langkah awal memilih jodoh (selain wajah). Pakaian adalah pintu awal untuk dimasukkan dalam kategori boleh dipertimbang jadi isteri solehah, diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi wanita yg pakaian ketat, terbelah, dedah dada, dedah tangan, serba nipis, berbonggol unta etc, peluang kalian mendapat suami soleh berkurangan hampir 80%


copy:ustaz zaharudin abdul rahman

Friday, July 13, 2012

sangka baik dengan Allah





Kadang, Allah tak bagi apa yang kita mahu ketika kita mahu bukanlah kerana benci kepada kita, tetapi kerana Dia ingin menjaga kita. 

Saya sentiasa belajar untuk positif bilamana saya tidak mendapat apa yang saya mahu ketika saya benar-benar mahukannya kerana boleh jadi apa yang saya mahu ketika saya mahu itu boleh memberi mudharat lebih besar berbanding manfaat. 

Boleh jadi Allah ingin menjaga kita daripada terjatuh ke dalam perkara yang Dia pun tidak suka untuk melihat kita berada di dalamnya, maka Dia tidak beri perkara itu sekarang. Tetapi, kalau kita yakin terus dengan Allah, maka pastilah Allah menyediakan ganti kepada apa yang kita minta itu. Kalau tidak di sini pun, di sana nanti pasti ada.

kelebihan baca al-quran





Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Thursday, July 12, 2012

kate semangat






Kadangkala, kita memperTUHANkan kelemahan kita.
Hingga kita menyembunyikan kekuatan yang TUHAN berikan kepada kita.


copy:hilal asyraf

tak payah nak sweet sangat kalau x ada persiapan..











Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya. Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...' Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah !






copy:emran ahmad

tips masa guna masa dengan efektif









Minit-minit awal sebaik sahaja bangun tidur sangat kritikal bagi menentukan kejayaan pada hari itu. 

Alangkah indahnya hari ini dimulakan dengan qiamulail, solat Subuh berjemaah, kemudian hadir dalam majlis ilmu, berzikir atau apa jua amal soleh...walaupun sekadar ke pasar untuk membeli barang keperluan keluarga dengan niat kerana Allah.

Atau setidak-tidaknya dengan memberi salam, senyum dan menyapa mesra kepada sesiapa sahaja orang-orang yang paling awal kita temui. 

Pertahankan sehingga jam 10 pagi, dan seterusnya... akan berjalan lancar dengan sendirinya. InsyaAllah, bagaimana muqadimahnya, begitulah nanti natijahnya. Amin ya Allah.



copy:ustaz pharol juoi

bila kita diuji







“ Akhi, Allah SWT uji anta kerana Allah SWT sayang anta. Apabila jadi sebegitu apa yang anta rasa?,” Soal seorang teman.

“ Ana rasa kosong dan sangat-sangat lemah!,” Ujar saya.

“ Jadi, apa yang anta buat?,” Tanyanya.

Saya terdiam.

“ Ana akan lebih mudah untuk membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat dan mencari ketenangan serta kekuatan.” Kata saya.

“ Itulah hikmah ujian Allah SWT ini kepada anta,” Ujarnya lembut menerpa ke telinga saya.

“ Ya, Allah!,” Saya bagaikan tersedar akan sesuatu.







copy: Abdullah Fahmi Ibnu Fuad

Monday, July 9, 2012

teknik berbual menurut ustaz hasrizal

Antara subjek yang Allah ajar anta hari tu melalui ana ialah, jumpa sesiapa sahaja, kena cekap mencipta topik perbualan. Daripada rumput, durian, badan kurus gemuk, seni, falsafah, sampailah ke 'sampah', supaya kita dapat raikan sesiapa sahaja yang berada di sisi kita. Hehe..








p/s: suke ayat ustaz ni..inspiring..aku cube untuk jadi gini..copy paste dari sini komen ni:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3706049695244&set=a.1009395320570.2000994.1395571657&type=1&permPage=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)