Monday, June 11, 2012

politik mesir






Ramai yg tidak mengenali kalangan ulamak Al-Azhar yg menyokong Dr.Muhammad Mursi antaranya imam dan khatib Masjid Qaid Ibrahim, Syeikh El-Mehlawi. Walaupun beliau tidak berjawatan tinggi, tetapi memiliki keberanian dan kelantangan dalam menentang kebatilan telah menyuntik semangat penduduk di Iskandariah khasnya.Kehebatan beliau apabila berjaya melahirkan tokoh pejuang seperti Dr.Sofwat Hijazi dan As-Syahid Abdul Aziz Rantissi.

Syeikh Ahmed Abdul Salam El-Mehlawi, dilahirkan pada 1 Julai 1925, berusia 87 tahun. Graduan dari Fakulti Syariah Islam Universiti Al-Azhar tahun 1957. Selepas tamat saja pengajian, beliau bertugas sebagai imam dan khatib di Kementerian Wakaf Mesir di Masjid Sidi Gabir, Iskandariah.

Ketika isteri bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat, Jehan Sadat datang merasmikan pusat kebajikan milik masjid, beliau tanpa rasa takut menerangkan kepada Jehan hukum berhias (tabaruj) dan menasihatinya supaya menutup aurat. Beliau kemudian ditangkap atas tuduhan "bercakap sesuatu yang tidak selayaknya" dengan Anwar Sadat, Presiden ketika itu. Selepas dibebaskan, beliau dipindahkan ke Masjid Qaid Ibrahim.

Pada tahun 1996, pihak berkuasa Mesir melarang beliau menyampaikan khutbah tetapi ia tidak menjejaskan semangat beliau menyampaikan dakwah. Beliau juga merupakan guru kepada Dr.Sofwat Hijazi dan As-Syahid Dr.Abdul 'Aziz Rantisi, pemimpin Hamas (yg menuntut di Universiti Iskandariah pada masa itu). 

Semasa revolusi 25 Januari, beliau turun bersama-sama rakyat yg menjadikan kawasan Masjid Qaid Ibrahim yang berhampiran pantai sebagai medan revolusi bagi wilayah Iskandariah bahkan membakar semangat para pemuda melalui khutbahnya hingga menerima gelaran "khatib revolusi". 

Pada pusingan pertama Pilihanraya Presiden, beliau dengan jelas memberikan sokongan kepada Dr.Mursi. Beliau berulang kali mengeluarkan fatwa haram mengundi untuk calon fulul sama ada Ahmed Syafiq atau Amru Musa. Apabila keputusan secara rasmi menyaksikan Syafiq berjaya memasuki pusingan ulangan, beliau amat kecewa dan kesedihan menyebabkan beliau tidak dapat berkhutbah pada Jumaat berikutnya. Untuk pusingan ulangan ini, beliau mengulangi pendirian menyokong Mursi. Dalam menghadapi tohmahan dan fitnah dari kempen Ahmed Syafiq yang menuduh Ikhwan pelbagai tuduhan tidak masuk akal, beliau secara spontan meminta Syafiq melakukan pemeriksaan mental. Beliau juga mengeluarkan hukum bahawa merosakkan undi dan memboikot dalam pilihanraya merupakan satu dosa.

Dalam kunjungan Mursi yang berkempen ke Iskandariah semalam, beliau sempat menulis sepucuk surat ditujukan kepada Mursi. Menggunakan tulisan tangan, beliau menulis:

"Kepada saudara Dr.Muhammad Mursi, Presiden Mesir. Sesungguhnya kamu telah memudahkan kami untuk memuhasabah dirimu kerana kamu mengangkat syiar dan syariat Islam, rujukan kamu jelas iaitu Al-Quran dan Sunnah. Dari ini, kami ingin katakan kepadamu, jika kamu berkata baik, maka kami akan berkata kepadamu baik. Jika kamu berkata salah, maka kami akan katakan kepadamu salah. Saya memohon kepada Allah agar membantu kamu untuk melakukan kebaikan. Dan kami bersama kamu."

Dalam usia yang begitu lanjut,tiada sesuatu yang bermakna bagi beliau melainkan ingin melihat syariat Islam terlaksana dalam tanah air tercinta. Semoga Allah memberikan kesempatan kepada beliau dan warga emas lain yang begitu rindu melihat Islam kembali bersinar sebelum mereka memejamkan mata buat selama-lamanya
Comments
0 Comments

0 ngomelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)