Monday, June 25, 2012

Allahuakbar!






"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!
 —

Sunday, June 24, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar











Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Ada 2 pilihan untuk anda.

1. Anda biarkan sahaja tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."



COPY: FACEBOOK ISLAM IMAN IHSAN

Monday, June 18, 2012

wanita





Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
- Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani.

Amalan Sayyidatina Fatimah Az-Zahra’ (sa) Menjelang Tidur.




Sayyidatina Fatimah Az-Zahra’ puteri Nabi (saw) berkata: Pada suatu malam menjelang aku tidur, Rasulullah (saw) datang kepadaku. Lalu beliau bersabda: “Wahai Fatimah, janganlah kamu tidur sebelum kamu mengamalkan 4 hal: mengkhatamkan Al-Qur’an, menjadikan para Nabi sebagai pemberi syafaat bagimu, menjadikan orang-orang mukmin redha kepadamu, melakukan haji dan umrah.” Fatimah bertanya kepada Rasulullah (saw): Ya Rasulullah, engkau perintahkan aku empat hal yang tak mampu aku lakukan. Rasulullah (saw) tersenyum dan bersabda: “Jika kamu membaca Surat Al-Ikhlas (3 kali), kamu seperti mengkhatamkan Al-Qur’an; jika kamu bersalawat kepadaku dan para nabi, kami para nabi akan menjadi pemberi syafaat bagimu di hari kiamat; jika kamu memohonkan ampunan bagi orang-orang mukmin, mereka akan redha padamu; jika kamu membaca SubhanalLah, wal HamdulilLah, wa La ilaha illalLah, wal Lahu Akbar, kamu seperti melakukan haji dan umrah.”

Sunday, June 17, 2012

berubah


"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "

Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

copy: facebook mencari redha ilahi

muhasabah






Bila kita nak kejar syurga,
kita akan berusaha memenuhkan kehidupan kita dengan projek-projek kebaikan.

---------------
Tetapi kita isi masa kita dengan apa?

copy: hilal asyraf

p/s: sedih ayat ni...tah ape aku isi mase aku dengan perkara ape tah sepanjang hidup ni..isk isk

Friday, June 15, 2012

usroti mahbubbbb




nampaknya hari ini hari terakhir aku duduk di rumah.kadang terfikir nak macam ni buat selamanya...duk rumah ..hehhehe..banyak ak belajo sepanjang cuti ni..paling penting berbakti pada ibubapa..apepon kalo balik rumah tu...niat la sahaja aku berbakti pada ibubapa kerana Allah..itu yang paling utama..baru la ibubapa kita akan rase kehilangan bila kita balik ke tempat belajo kita semula maksudnya bila kita balik ke rumah semula pada masa akan datang ibubapa akan rase seronok dan rase kepulangan kite ke rumah adalah suatu rahmat dan berharga..kadang tu bile kite tanya mak ayah untuk kiita balik ke rumah mak ayah jawab mu toksah balik la...mungkin sebab kepulangan kita ke rumah hanya x de function pon, menyusahkan ade le.hoho..same muhasabah balik...tapi kadang mak aku suke gurau gurau dengan aku..hehe..mungkin juga mak ayah x nak kita balik sebab tiket balik mahal ke..tapi berbaktilah pada ibubapa selagi mereka hidup dan kita mampu...bukan selalu pon dapat tolong mak ayah...time cuti ni la peluangnya kita kumpul pahala dan berbakti pada mereka di samping dapat mencambahkan kasih sayang pada mereka...tu yang tetiba x pernah ayah aku belanja makan kat restoren, tibe2 dah lame dah jadi ni...acapkali sebelum balik maktab mesti ayah aku belanje..tacink woh heheh..



belajo masak pon bes bile duk umah sorang3.abih dapur tu aku kerjekan...hehhee...kemas rumah walaupun tetap x kemas..paling bes dapat tido kongker gile rumah..banyak ruang boleh tido x de la menyempit dengan kakak anf adik22ku haha..x de la...x de depe sunyi wohh..


apepon kalau balik rumah juga,niat untuk berdakwah pada keluarga...segale ape yg kite dapat mase kat tempat belajo kite..kite cube sampaikan pada kelaurga kite..kalau boleh kite nak bawak mereka semua masuk syurga same2 kan..huhu sedih pulak..apepon sayangi keluarga anda^^


Diikir Zikir:seniman dan seni langit

input dari dikir zikir bersama kumpulan hijjaz tajuk: seniman dan seni alam ke langit aku x ingat pule hehe:


umpama ikan bila kita keluarkan dari air,die akan menggelupur,lama-lama dia akan mati, dan reput membusuk, begitu juga kita,tanpa zikir, makanan rohani, maka kita akan jauh dari Allah, jauh tersesat, seterusnya jiwa mati dan hidup tanpa keberkatan dari nya


nabi daud suaranya merdu, apabila membaca kitab zabur,sampai semua makhluk terdiam,unggas dan burung terdiam, angin pun terhenti,,masya Allah

hadapi dengan senyuman(tetibe)


PUHH.. seriously  perkara ni selalu aku buat...aku memang x berani nak menghadap?berhadap?sudah ayat b.m pon aku x reti nak gune...tapi memang aku susah..aku hanya mampu cakap maaf dan kalau orang tu x layan aku or buat dunno..maka aku biarkan saje..tapi aku cube pastikan aku x kan x tegur die dalam masa 3 hari..dengan menghantar mesej ke supaya menunjukkan kite masih tegur sapa dengan die..aha..tu la.aku cube juga ubah tapi susah..dah terbiasa..aku kadang x  berani beno..jangan tiru macam aku ni..sob sob

Thursday, June 14, 2012

sahabat ukhwahfillah PART 1



salam..hari ni aku bermiinat nak cerita pasai kawan2 mase kat sarjana dulu.bes sangat2 kawan dengan depe yg kat sarjana..sume gile2 same je perangei nye..bile kenang balik banyak sungguh kenangan yang berjaya aku cipta mase kat sekolah dulu bile ingat balik x larat nak gelak har har..aku nak cerite pasal sorang kawan aku ni name dia najwa napri..haha..name die unik...orang die pon unik..kalau duk dengan die ni memang gelak memanjang x larat aku ha..die ni memang happening gile2 jiddan haha....suke cari gaduh dengann laki tapi hakikatnya dak laki tak tahu yang die berjiwe keibuan(sambil menjueh mulut) hahaha..eh tapi memang betul pon..suke gelak panjang2 pastu buat bunyi buat bunyi ape aku tak nak bagitahu haha..lepastu suke kerek..tapi kerek tu yang bes..suke tolong kawan..suke tibe2 buat gaye pro hahah...laju lari die ni..tapi tah kenape tetibe die nak bersare dalam arena larian ni bile dah makin besar..hehhe..ramai orang minat si jua ni waktu zaman mude2 kat sekolah dulu hahha..gile2 pon jangan maen ramai bekenan...cume jual mahal je...dan ade kisah tragis di sebalik tu hahha..memang kenangan sungguh...


ade satu kisah aku nak cerita..kami ni rapat sejak f2 x silap aku.lupe pulak hehe teruk betul..dan makin rapat waktu f4 sebab ramai dah keluar pegi sekolah laen time tu...maklumla result sume warna terbang...aku ni..huhu..tapi ade je yang hebat2 stay..setie tu..waktu f3 pon dah rapat jugak sebenanrnye tapi bertambah rapat time f4 ..berape kali rapat tah hehee..ak,syam n jua..lepas tu aku n jua ade satu habit taw..suke bergaduh tapi gaduh yang x libatkan gaduh besar ke ape tapi gaduh dalaman..contoh aku ade rase kecik hati dengan jua...(bile mikior balik tahpape tah aku sensitip beno mudoh terase..kesian jua)kami balik dari prep jalan same2 tapi due2 senyap pastu mase nak sampai dorm macam buat bodoh je..tidak selalu gelak2 same2..sembang2 tahpape..tapi due2 macam kaku giler..x lame lepas tu sampai surat..hahaha..pastu saling berbalas surat..pastu elok...pastu mesti gaduh semule salah sorang merajuk haha..memang kenangan mende ni...ha tu je la ak nak cerite hehe tetibe

ade satu kisah lagi jua ni terer math..ak suke la mintak tolong die...satu ari tu ak mai dorm die..die DORM L aku DORM O..pastu jua pon ajo le dengan jayenye...memang semangat gile...tetibe...die tengah semagat2 tu die tengok aku tetido..memang kesian giler jua..aku tak tahu ape masalah aku tetibe ngantuk..teruk betul...macam nobita..isk isk....ha tu je la..ak nak cerite hehehhe..

banyak lagi kenangan aku dengan dak si jua ni..lain kali aku cerite sebab abang aku da kondem aku asyik ngadap laptop heuheuhe..

sob sob




COUNTDOWN BALIK..SOB SOB...SUNGGUH AKU X MAHU BALIK...SEDIH BANGET NIH

Tuesday, June 12, 2012

redha dan murka Allah pada ibubapa





ada satu perkara yang jika kita menjaganya dengan baik maka ia sangat mujarab, dan sangat bahaya jika kita tidak menjaganya dengan baik..


ia adalah HATI IBUBAPA


kalau kita jaga hati ibu bapa dengan baik, maka doa mereka lah insya Allah yang paling makbul


tetapi jika kita sakitkan hati mereka, maka murka mereka akan memberi impak yang sangat besar dalam hidup kita..




ini quote aku dengar lepas tengok selami diri dr fadzilah kamsah tu tajuk jangan derhaka ibubapa..imam asyraf cakap ni..ayat dia lagi sedap tapi aku x berapa ingat..tapi terkesan..sama muhasabah,,,walau garang mana ibubapa..mereka tetap orang yang sangat berjasa dalam hidup kita

petua hilangkan sakit kepala










Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit

Monday, June 11, 2012

politik mesir






Ramai yg tidak mengenali kalangan ulamak Al-Azhar yg menyokong Dr.Muhammad Mursi antaranya imam dan khatib Masjid Qaid Ibrahim, Syeikh El-Mehlawi. Walaupun beliau tidak berjawatan tinggi, tetapi memiliki keberanian dan kelantangan dalam menentang kebatilan telah menyuntik semangat penduduk di Iskandariah khasnya.Kehebatan beliau apabila berjaya melahirkan tokoh pejuang seperti Dr.Sofwat Hijazi dan As-Syahid Abdul Aziz Rantissi.

Syeikh Ahmed Abdul Salam El-Mehlawi, dilahirkan pada 1 Julai 1925, berusia 87 tahun. Graduan dari Fakulti Syariah Islam Universiti Al-Azhar tahun 1957. Selepas tamat saja pengajian, beliau bertugas sebagai imam dan khatib di Kementerian Wakaf Mesir di Masjid Sidi Gabir, Iskandariah.

Ketika isteri bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat, Jehan Sadat datang merasmikan pusat kebajikan milik masjid, beliau tanpa rasa takut menerangkan kepada Jehan hukum berhias (tabaruj) dan menasihatinya supaya menutup aurat. Beliau kemudian ditangkap atas tuduhan "bercakap sesuatu yang tidak selayaknya" dengan Anwar Sadat, Presiden ketika itu. Selepas dibebaskan, beliau dipindahkan ke Masjid Qaid Ibrahim.

Pada tahun 1996, pihak berkuasa Mesir melarang beliau menyampaikan khutbah tetapi ia tidak menjejaskan semangat beliau menyampaikan dakwah. Beliau juga merupakan guru kepada Dr.Sofwat Hijazi dan As-Syahid Dr.Abdul 'Aziz Rantisi, pemimpin Hamas (yg menuntut di Universiti Iskandariah pada masa itu). 

Semasa revolusi 25 Januari, beliau turun bersama-sama rakyat yg menjadikan kawasan Masjid Qaid Ibrahim yang berhampiran pantai sebagai medan revolusi bagi wilayah Iskandariah bahkan membakar semangat para pemuda melalui khutbahnya hingga menerima gelaran "khatib revolusi". 

Pada pusingan pertama Pilihanraya Presiden, beliau dengan jelas memberikan sokongan kepada Dr.Mursi. Beliau berulang kali mengeluarkan fatwa haram mengundi untuk calon fulul sama ada Ahmed Syafiq atau Amru Musa. Apabila keputusan secara rasmi menyaksikan Syafiq berjaya memasuki pusingan ulangan, beliau amat kecewa dan kesedihan menyebabkan beliau tidak dapat berkhutbah pada Jumaat berikutnya. Untuk pusingan ulangan ini, beliau mengulangi pendirian menyokong Mursi. Dalam menghadapi tohmahan dan fitnah dari kempen Ahmed Syafiq yang menuduh Ikhwan pelbagai tuduhan tidak masuk akal, beliau secara spontan meminta Syafiq melakukan pemeriksaan mental. Beliau juga mengeluarkan hukum bahawa merosakkan undi dan memboikot dalam pilihanraya merupakan satu dosa.

Dalam kunjungan Mursi yang berkempen ke Iskandariah semalam, beliau sempat menulis sepucuk surat ditujukan kepada Mursi. Menggunakan tulisan tangan, beliau menulis:

"Kepada saudara Dr.Muhammad Mursi, Presiden Mesir. Sesungguhnya kamu telah memudahkan kami untuk memuhasabah dirimu kerana kamu mengangkat syiar dan syariat Islam, rujukan kamu jelas iaitu Al-Quran dan Sunnah. Dari ini, kami ingin katakan kepadamu, jika kamu berkata baik, maka kami akan berkata kepadamu baik. Jika kamu berkata salah, maka kami akan katakan kepadamu salah. Saya memohon kepada Allah agar membantu kamu untuk melakukan kebaikan. Dan kami bersama kamu."

Dalam usia yang begitu lanjut,tiada sesuatu yang bermakna bagi beliau melainkan ingin melihat syariat Islam terlaksana dalam tanah air tercinta. Semoga Allah memberikan kesempatan kepada beliau dan warga emas lain yang begitu rindu melihat Islam kembali bersinar sebelum mereka memejamkan mata buat selama-lamanya

tiada panggilan sepenting panggilan Allah


Allahuakbar...ni selalu terjadi pade aku bile nak bangun solat malam..Allah dah miskol...tapi tutup..tapi bile tengok ade mesej masuk..or call masuk..cepat2 angkat even ngantuk jiddan...muhasabah..

meminta maaf dna memaafkan



Kejayaan mengaku salah dan seterusnya meminta maaf, adalah sesuatu yang amat manis pada tumbesaran iman. Apabila pengakuan salah dan permohonan maaf diterima, berganda-ganda lagi kemanisannya. Moga kayalah hidupku dan kita semua dengan meminta maaf serta memaafkan, kerana sesungguh tidak akan masuk Syurga seseorang yang di hatinya ada biar pun sebesar zarah, sifat TAKABBUR

copy: ustaz hasrizal



p/s: memang betul...jangan kite ego untuk meminta maaf dan memaafkan..ingat...siapelah kite untuk tidak memaafkan kerana Allah tu Maha pengampun...son nak banding kite yang hambe ni je..ape sombong beno nak memaafkan..kalo rase salah tundukkan ego untuk meminta maaf..biar orang rase muak dengan maaf kite yang penting hati kite rase tenang bile da meminta maaf...sekadar pendapat aku ja..





AL-Quran memberi syafaat kepada orang
yang membaca dan menghafaznya serta
mengamalkan nya.
Dari Abu Umamah ra. ia berkata,:
“Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran,
sesungguhnya ia akan menjadi pemberi
syafaat pada hari kiamat kepada
para pembacanya
(penghafaznya).”(HR:Muslim)

Friday, June 8, 2012

Solat Didahulukan Khusyuk Diutamakan





Solat Didahulukan Khusyuk Diutamakan

Solat tanpa khusyuk ibarat iPhone tanpa apps, Tutti Frutti tanpa topping dan Char Kuey Teow tanpa kerang. Let's do some upgrades yo! :D




akibat cintakan dunia





Barangsiapa yang bangun di pagi hari & hanya dunia yang dipikirkannya, sehinggaseolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya (tidak berdzikir) maka Allah akan menanamkan 4 penyakit:

1. kebingungan yang tiada putus-putusnya,
2. kesibukan yang tidak pernah ada hujungnya,
3. keinginan yang tidak pernah terpenuhi,
4. khayalan yang tidak berhujung.

(HR. Imam Thabrani)



copy:siti roszalia mohamed

tutorial letak komen facebook di blog

buat sesape insan yang tercari cari guane nak letak komen ala-ala facebook di blog moh terjah blog ni..senang banget carenye..


http://www.terbelog.com/2011/10/cara-cara-dan-tutorial-memasang-kotak.html


penat aku cari =__=

Thursday, June 7, 2012

kita kadang cepat menghukum


Saya kasihan melihat seorang lelaki ni.

Lebih dua tahun dia diperkenakan rakannya.
Satu hari, di kemuncak sabarnya, dia meletus.

Terus dia dicop kurang ajar.
Seakan-akan, 2 tahun lebih kesabarannya itu tidak pernah ada.

Manusia memang begitukah zalimnya?
----------------------------------------
Kadangkala, ramai orang tidak mahu jadi orang yang lurus adalah kerana orang yang lurus memang mudah dimanipulasikan dan dipijak.

Ditambah dengan masyarakat yang pantas menghukum, maka siapa 'hukum' siapa dulu, dia akan menang. Kerana masyarakat akan pantas menghukum ikut hukumannya.

"Kurang ajar betul dia tu. Tengking-tengking aku." Semua orang pun ikut marah.

Sedangkan, tak ada yang tahu, sebelum dia kena tengking tu, dia dah 2 tahun lebih zalim pada orang yang menengking


copy: hilal asyraf

p/s:betul sangat status ni..kadang kite penat jage hati orang...sampai hati sendri x terjage...dan sampai 1 mase tu kite akan rase penat sangat jage hati orang..sedang hati kite merane sangat..waktu tu Allah lah tempat mengadu terbaik...apepon Allah itu maha mendengar..Allah..betul kadang orang x mahu jadi lurus sangat takut dipijak..tu la pentingnye kite sentiase baek sangke dengan orang...jgn kerane 1 keburukan je kite terus nak hukum orang tu...padahal baru sekali die buat silap kite terus nak hukum...Allahuabar...kesian sangat...apepon aku cakap ni untuk diri sendiri terutamnya...muhasabah..muhasabah...maaf kalau berbelit ayat...huuhu

muhasabah diri dengan ingat mati


muhasabah diriku dan semua

kejap ja nikmat maksiat tapi nikmat ketaatan berkekalan



Nikmat maksiat itu singkat, tetapi penyesalannya berpanjangan. Sukarnya taat itu pedih tetapi kemanisannya berkekalan. Justeru bermujahadahlah, kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah

status: us pahrol juoi

Wednesday, June 6, 2012

jangan kedekut masa dengan Allah







Lepas solat maghrib apa kata kita luangkan sedikit masa baca Al-Quran. Tak perlu banyak. 1 muka cukup. Tetapi konsisten tiap-tiap hari.

Kita selalu nak ambil yang banyak tetapi kita buat hanya sekejap. Lebih baik kita buat yang sedikit tetapi berterusan dan jadikan amalan.

InsyaAllah :)


masa kita bagaimana?








Malam ini ada dua event best untuk saya.
1 - Saya memberikan Penyampaian bertajuk: Tarbiyah Kendiri di Kem KAHFI, yang berjalan di Palapes, UTM Skudai selepas Isya'.

2 - Saya akan lepak malam dengan DJ IKIM - Abang Syafiq Zulakifli pukul 11.00 malam ini.

----------------------------------
Percaya atau tidak,
kehidupan ini perlu kita penuhkan dengan kerja.
Sesungguhnya masa lapang,
adalah pembuka kepada maksiat.


p/s:saye memang kagum dengan bro hilal sebab sentiasa busy dengan perkara kebaikan tetapi ade mase untuk menulis,update...sebab mase beliau sentiase disibukkan dengan kebaikan..maka Allah memberi keberkatan dalam masanya...subhanallah...besnya...tapi aku ni...isk isk...aku suka ayat tu...SESUNGGUHNYA MASA LAPANG ADALAH PEMBUKA KEPADA MAKSIAT..ALLAHUAKBAR..

jangan sedih-sedih^^


Jangan sekali-kali mengikut & melayani perasaan sedih dengan kesedihan. Kerana hati akan bertambah sedih & mengundang kesakitan & penderitaan. Perlu diingat, hati yang lemah & sakit akan mudah digoda serta dipergunakan syaitan ke arah kesesatan. Usah biarkan diri anda bergelumang dengan stress yang amat membahayakan


doa penawar hati yang suka buat maksiat


Allah....jom same2 hafal 

tips ukhuwah







Jika kita melihat 99 keburukan pada diri orang lain, fokuslah pada 1 kelebihannya. Jika kita melihat 99 kelebihan pada diri kita, fokuslah pada 1 keburukan kita. 

Dengan itu...
Kita belajar menghormati, memahami, tidak cepat menghukum, kasihan padanya, memberinya harapan untuk menjadi lebih baik, membantunya meningkatkan potensi diri...

Kita juga belajar memuhasabah diri, melumpuhkan sifat riyak, takbur, ujub...agar SETIAP HARI, kita berusaha mengikis keaiban diri dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...:) 

p/s:setuju sangat dengan kak ha...tapi kadang susah nak praktikkan...tapi takpe cube perlahan2 amalkan..Allah tengok usaha kan..hehe..praktis bersangka baik...insya Allah amalkan ni hubungan silaturrahim akan terjaga,,,mudah-mudahhan amiin^^

status: fatimah syarha

Monday, June 4, 2012

tips hati tenang


‎3 tips hati tenang.

1 - Jaga solat 5 waktu.
2 - Jaga pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya 1ms sehari.
3 - Berdoa setiap kali lepas solat dan membaca Al-Quran.

InsyaAllah hati tenang


copy: hilal asyraf

lelaki yang macho itu ialah...








Subuh memang awesome.
Sebab itu lelaki yang jaga Solat Subuh, macho-macho belaka.


copy :hilal asyraf


p/s: cube lawan hawe napsu susah bangun suboh..mase ni la nak tunjuk kekuatang kite pade yahudi supaye deme rase gentar bile tengok ramai umat islam jemaah subuh...ha..didik diiri perlahan2..insya Allah boleh...nasihat untuk diri juga ni

petua hati riang







5 tips untuk mendapat hati yang riang.

1 - Sentiasa sangka baik kepada Allah SWT.
2 - Sentiasa memandang sesuatu itu dengan pandangan yang luas.
3 - Sentiasa mengambil Al-Quran sebagai sumber motivasi utama.
4 - Sentiasa mengulangkaji Sirah perjuangan Rasulullah SAW.
5 - Sentiasa melihat kesukaran orang lain, dan bersyukur akan apa yang ada pada diri.

InsyaAllah, hati akan sentiasa riang, dan diri akan sentiasa positif.
-------------------------------
copy status: hilal asyraf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)