Tuesday, April 17, 2012

ade hikmah kalo sakit ni






‎"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Alhamdulillah~~

Monday, April 16, 2012

terjemahan talkin







Talkin bacaan terjemahan


Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebutlah nama sendiri ya…., kalau tak terasa meremang, sama samaah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A’LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr ..
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:”Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237
“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”


Saturday, April 14, 2012

x tertahan kecohmelannyaa

salam tadi aku berlegar-legar kat beberape bog lalu arakian terjumpak seorang gadis yg ber travel ke korea..die ni pegi hongdae ade hello kitty cafe....aku tengok comhel banget sih...jadi aku google ajer dan ingin menempek gambar beliau di sini...google je la mampu..haihh...
















hellokittycustardtart Hello Kitty Sweets ♥

hellokittystrawberrypudding Hello Kitty Sweets ♥

hellokittystrawberryjelly Hello Kitty Sweets ♥




aku tak tahu nak cakap ape sbb maen copy paste apepon comel jiddan hehoe

Ya Allah..


Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..

Friday, April 13, 2012

air laut dan hati..ape kaitannye yer?


✿⊱╮ Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan...
Tetapi bila ikan sudah mati....... Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya...

✿⊱╮ Begitulah juga HATI kita,
HATI yang hidup, sukar untuk dinodai....
Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi...
Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita.... amin.. amin ya RABBAL 'alamin.. =)

Thursday, April 12, 2012

kefahaman terhadap islam bergantung pada lama mana proses tarbiyah ke?








Faham atau tidak fahamnya kita terhadap Islam, bukanlah ditentukan oleh sekejap atau lamanya umur kita berada dalam proses tarbiyah.

Lihat saja Saidina Abu Bakar as-siddiq. Baru lagi ikuti tarbiyah Rasul s.a.w., baru lagi kenal Islam, tetapi kualitinya jauh lebih hebat dari orang yang berhari-hari lamanya berada dalam tarbiyah.

Ada orang kadang-kadang berkata :

"Saya ni baru lagi. Saya dulu bukanlah orang baik sangat. Tak macam saudara, yang dah lama ikut proses tarbiyah ni."

Pada saya, itu bukan masalahnya. Lama atau baru, bukan itu isunya. Kalau kita mahukan perubahan dan perkembangan pada diri kita, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh.

Cari ruang bentuk diri kita. Rancang. Usaha betul-betul.
Bukan tunggu disuap, tetapi kitalah yang perlu inisiatif sendiri.
Kalau ada orang suap pun, tetapi kita tak buka mulut, tak ada maknanya juga.




status fesbuk: Afdholul Rahman Che Ani

Sunday, April 8, 2012

‎:: SAYA MINTA MAAF ::










~ Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..

Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

p/s : Saya minta maaf..untuk mereka-mereka yang pernah saya TERGURISKAN HATI, TERKASAR BICARA, TIDAK TERTUNAI HAK-HAK sebagai saudara seagama..maafkan saya yang HINA dan LEMAH ini..

Dan insyaAllah, segala bentuk kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya MAAFKAN..saya manusia biasa, yang SENTIASA melakukan salah dan silap..dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasakan? Tapi saya CUBA, cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, biiznillah..♥♥

:: JANGAN LUPA yang kita kena selalu MINTA MAAF DENGAN ALLAH ::

tegurlah teman ni...









ni kate2 dari kawan aku mase die komen post orang..macam bes puler...








kalau aku ade wat salah TEGUR aku. sebab manusia ni tak pernah lari dari KESALAHAN.. dan jika tidak DIBERITAHU akan kesalahannya manusia akan mengulang KESALAHAN tersebut tanpa MENYEDARI dia telah MENYAKITI hati rakan-rakan yang lain..insya Allah aku BOLEH TERIMA TEGURAN rakan-rakan yang INGIN MEMBANTU aku kejalanNYA..sayang selalu ~ temani aku ke 


by: hasanah zaki

lumrah dalam bersahabat





Lumrah berkawan..

Kadang-kala sering bertengkar, ada masa baik sangat, ada masa jauh sangat..

Ada kala kita tak sependapat, aku kata itu, kau kata ini, aku faham begini, kau faham begitu, 

Kadang-kala salah faham, kadang-kala buruk sangka, apa pun yang terjadi..

Aku sentiasa ada di sini, setia menjadi teman mu, sebab aku percaya, sekali kita berkawan, selamanya kita kawan..

P/S: Jom SHARE di wall FB sahabat anda. Insyaallah, mereka akan menghargai kata-kata anda.
Ruangan Gambar ISLAMIK - Tanyalah Ustaz TV9

p/s: aha bes quote ni aku suke sangat...kepada kawan2 di luar sana jangan putus asa bila dalam bersahabat..bergaduh suma tu adelah perkara biasa dan itu sebenarnya ujian dalam bersahabat...yg jadi x eloknye bile pergaduhan itu diperpanjangkan...tu yg jadi kawan makan kawan kawan dengki kawan...haila haila..tu la besnye bile berukhuwah kerana Allah...moh kite berukhuwah kerana Allah...baru bessss

Wednesday, April 4, 2012

banding diri kita dengan RASULULLAH...











Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah SAW

Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tido

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

bila kite nak berusaha untuk kejar perbezaan yang "HANYA SEDIKIT ITU"?

Monday, April 2, 2012

jangan putuskan silaturrahim







Saya maafkan siapa yang pernah mengata, menganiaya, mengambil kesempatan, menipu, khianat & pernah memperdayakan saya, tapi dengan syarat... mestilah ada rasa penyesalan dalam dirinya & ada keingingan juga usaha bertemu saya kira dirinya mampu... Teringat satu hadith tentang silaturrahim, "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan, yakni memutuskan silaturrahim." (HR. Muslim) *

oleh: kak syamsul nasriah

Sunday, April 1, 2012

Baiknya Allah





Adakalanya Allah menjadikan "orang yang kurang baik" sebagai orang yang terdekat dengan kita kerana Allah nak tambah pahala kita dengan sabar disebabkan kelemahan dan kekurangan dia..




p/s:kadang-kadang kita rasa bengang dengan orang sekeliling yang buat maksiat...rase sakit mate, hati telinge rase nak penampor sepak terajang...tapi sebenarnya Allah nak didik kita apabila kita berada hampir dengan orang-orang macam tu...didik kita sabar, istiqamah berakhlak baik, berdakwah, dan macam-macaam tarbiyah Allah nak bagi dalam kita x sedar.dan kita sebagai DAIE...kena banyak sabar...dan JANGAN MENGHUKUMM..sebab depe tak tahu dan tak faham...Allahuakbar..sebak rasa.....apepon..thank you ALLAH...

^^









LOVE LETTER FROM ALLAH...HE is so sweet!HE knows what is the best for us.. ♥ the hurts are nothing for us..bcoz HE owez wif us.. ^__^ 

Nobody can remove ur hurt except Allah,,even if someone tries to coz u any hurt,
stay firm in ur belief n remember dat no one can coz u any pain if ALLAH does not desire it for u.. 

N if ALLAH touches u wif hurt,there is none who can remove it but HE,
n if HE intends any guds for u,,there is none who can keep back HIS favour,
HE brings it to whom HE pleases of HIS servants,
n HE is the Oft- Forgiving n Most Merciful..
Surah yunus, 10:107

kate-kate hikmah




bila kita jahat, ader orang benci,
tapi bila kita baik, orang pulak meluat.
bila kita ikut suruhan agama, katanya berlagak alim,
tapi bila kita ingkar suruhan agama,org mengeji.
bila kita ikut peraturan,kata skema,
tapi bila kita langgar peraturan, kita ni mmng xde masa depan.
bila kita pakai sopan, mcm kampung sgt,
bila kite pkai seksi, mcm xde harga diri.
BILa bagi nasihAt, katanya bajEt baguss!, jage tepI kain oRang,
tapi..bila kita Kasar, sindir tegur, org ckp kita KUranG ajar.

#doh nk jadi jahat ke baik? :D
Biar hina pada pandangan manusia, tp mulia di sisi Allah.
Hanya Dia layak dipuji.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)