Saturday, March 31, 2012

aku tanpa Allah...is nothing






“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”. (HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

Friday, March 30, 2012

kate-kate hikmah







Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran. 
Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan? 


‎"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"





1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^


PESANAN: Mohon klik SHARE dibawah ya? Semoga allah membalas budi anda semua. amin ♥♥♥

(¯`v´¯)¸ `•.¸.•❤•..•♥ Assalamu'alaikum wr wb ♥¸.•❤•..











♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

•⊹ Salam jumaat..•⊹

⊹⊱✿♥Dari Anas ra dia berkata, kami bertanya..
“Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik
sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikandan kami tidak akan
mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran.”•⊹

⊹⊱✿♥Maka Nabi SAW bersabda,
“Tidak...
bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,
dan cegahlah dari kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya.”•⊹

-[HR. Thabrani]-

⊹⊱✿♥ Labbaika Ya RasuluLLAH...♥ ^___^**
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

kate-kate semangat







Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.


Sesungguhnya tidak datang kesedihan itu melainkan suatu ujian bagimu.

Ingatlah, siapa yang sentiasa di sisimu untuk mengabulkan doa? Siapa yang sudi menerimamu kembali setelah kau datang kepada-Nya dengan banjaran dosa-dosamu? Siapa yang memberikan ketenangan dan kesenangan setelah kau diuji? Siapa yang masih mahu memberikan nikmat kepadamu kadangkala tanpa kau memintanya?

Tuhan adalah jawapan kepada segalanya. Kembalilah kepada ALLAH Tuhanmu

kate-kate hikmah







"Jika ALLAH SWT hendak menguatkan hambanya, Dia kenalkan kepada hamba tersebut kelemahannya. Semakin hamba itu lebih mengenal akan kelemahannya, semakin ALLAH berikannya kekuatan! "

Saturday, March 24, 2012

tolong jangan lengahkan solat...tolonglah....





SUKA MELEWAT-LEWATKAN SOLAT???

Baca kalau nak insaf !

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita untuk menyembahnya.
Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- Sumber

Seksaan Bagi Orang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat : Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah :
Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :
• Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
• Set jam waktu solat kek alarm clock pada handphone anda.
• Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
• Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
• Ingatlah bahawa Syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
• Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI!!!

Friday, March 16, 2012

better late than never naa

Islam also promotes the concept "Better late than never".

If we arrive at the mosque while iqamah is called, the Prophet p.b.u.h. told us not to hasten or run to catch up with the imam. But we have to remain calm and serene. What we get, we do. What we miss, we complete. (Bukhari #636 & Muslim #602)






 




And even if someone comes to the mosque and finds that the congregational prayer has ended, he will still get the reward for solat jemaah.

Also, Islam does not put a limit to seeking knowledge. No matter how old you are, it's never too late to sit and gain knowledge or improve your Quran recitation.

Those who are fluent in reciting the Quran will receive one reward. But those who aren't, will receive two rewards; another one for merely putting an effort.

There's no end to struggling for your worldly needs too. In a hadis, it is said that should the Day of Judgment arrive tomorrow and one of you had a seed in his hand, plant it.

See, it's never too late to do everything. The key is to try. You will not be rewarded for the results, but certainly for your effort.

:)
 

Wednesday, March 7, 2012

hidup ni x senang la bhai wal sis





















Dunia ini penuh dengan beban. Jika anda tidak menyumbang sesuatu, maka ketahuilah bahawa andalah beban itu.

kate berhikmah









"Dan setiap umat mempunyai kiblat yg dia menghadap kepadanya. Maka BERLUMBA-LUMBALAH KAMU DLM KEBAIKAN. Di mana shj kamu berada, pasti Allah akn mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Maha Kuasa ats segala sesuatu" (2:148)

~~Biarlah penat di dunia sekiranya dengan penat itu Allah redha...Biarlah penat di dunia seandainya penat itu akan membawa ke syurga...Dan biarlah penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan daripada api neraka...biarlah penat...~~ ^^

Sunday, March 4, 2012

berakhirnya khilafah di turki




RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

detik2 kejatuhan empayar islam


‎3 Mac 1924 - Bermulanya detik hitam bagi umat Islam kerana ia merupakan tarikh kejatuhan empayar agung Islam Uthmaniyah.

Buat renungan bersama. Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dgn kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah pengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. 

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. 

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

nak Allah like ke manusia??

pesanan syeikh ahmad yassin



PESANAN
BUAT PEMUDA-PEMUDI DARI
SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004)

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para PEMUDA, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku para PEMUDI, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH...

Saturday, March 3, 2012

pantun memantun










Two Three Kucing Berlari,
Mana Nak Sama The Kucing Belang,
Make Sure Istighfar Setiap Hari,
Just In Case Ajal Menjemput Senang..

two three cat running-running..
mne sme cat with stripe..
when ajal had come...
jgn nk say "forgot,"laaaaa...

 Buah Cempedak Outside The Pagar,
Take The Galah Tolong Jolokkan,
Larangan Agama Dont Dilanggar,
Pesan Ulamak Dont Di Momokkan.

high sungguh tree of kelapa bali..
iman yg kukuh cannot get free...

kate hikmah wei






‎"You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun, but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

- Heba El-Haddad -

Thursday, March 1, 2012

KATA-KATA HIKMAH


Kadang kadang kita berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai matlamat yang kita impikan..Tapi Allah tak benarkan perkara itu berlaku.Tatkala itu jangan cepat menyalahkan TAKDIR.Kerana kuasa TADBIR yang ada pada kita tak mungin dapat melawan kuasa TAKDIR dariNya..Dan kalau Allah berada di dalam hati kita, kebergantungan kita berpaksi pada Allah..Maka kita tidak akan risau, gusar, tension.Bangun kembali.Cari kekuatan.:D
*Pesanan ikhlas dari adik Maher Zain yang Comel*

AKU INSAN BIASA....














JANGAN kau SANGKA KAWANmu yang sering meNEGURmu itu,,
Adalah ORANG yang paling berTAQWA..

JANGAN kau FIKIR KAWANmu yang sering meNASIHATImu itu,,
Adalah MANUSIA yang tak diUJI..

JANGAN kau INGAT KAWANmu yang tegas berAGAMA itu,,
Adalah INSAN yang paling SEMPURNA..

HAKIKATnya,
DIA meNEGURmu untuk mengINGATkan DIRInya jua,, 
DIA meNASIHATImu untuk DIRInya turut berJAGA-JAGA Dan,,
DIA berTEGAS dalam HAL-HAL AGAMA kerana RISAUkan BAHANG API NERAKA..

KAWANmu itu bukanlah MALAIKAT..
Dia juga seorang MANUSIA BIASA..

BerSANGKA BAIKlah,
DIA sebenarnya mahu meMIMPINmu MASUK ke SYURGA bersama-sama.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)