Wednesday, June 2, 2010

PERJUANGAN,KATA-KATA DAN SEMANGAT BUKAN SETAKAT INI SAJE OBAH DAN KALIAN SUME

 SAlam..sekarang memang satu dunie hangat tentang palestin,israel,pare aktivis dan sgle mcm lg..plg las skali aku taw israel buat keje terkutuk die tu mse aku f5 x silap..si durjana israel p serang palestin..memang mase tu pon ak semangat dok kutuk2 israel,,qunut nazilah bkumandang waktu subuh solat hajat dan mcm2 lagi..

WAKTU ITU

...tapi skang..bile da surut sume cite tu..sume pakat dok wat hal masing2..mcm besa la kan..mcm da jadi satu fenomena...tmasuk aku..dan bile dunie skali lagii digemparkan dengan kekejaman israel yg melampau2 serang aktivis keamanan,sume dok pakat dlu la...akhbar sume siarkan,demonstrasi dan bbgai2..dan aku mule bepikir....sampai kapan harus begini??

sampai bile utusan,metro dan media cetak nak kaut untung siar berite dan lame2 senyap begitu saje?dan aku cakap ni khusus tuk DIRI HAKU ni...aku pikir balik aku la antre salah sorg antre ciri2 yang ak dok ngomel kat atas tu...dan sedang aku lalu-lalang kt blog orang...aku singgah jap kat blog bro http://leokid.wordpress.com/ aku nampak entry post die yg sgt menarik tok dri aku dan kekawan..

Bila diserang Mavi Marmara
Yang tidur mula terjaga
Yang pejam membuka mata
Yang diam lantang bersuara
Yang sejuk terus membara
Yang bara terus menyala
Yang baring harus bangkit
Yang bisik terus jerit
Moga jaga tidak ngantuk
Moga mata tidak tutup
Moga suara tidak serak
Moga bara tidak abu
Moga nyala tidak malap
Moga bangkit tidak lenguh
Moga jerit tidak perit
Tatkala Mavi Marmara luput dari ingatan.
Dan anak-anak Malaysia ketagihan hiburan.
Dan anak-anak Gaza menderita kelaparan.
Akan tetap ku perjuangkan, biarpun bersendirian.
(Mohd Syamirulah Rahim, 1 Jun 2010.)




BELASUNGKAWA

Pada 31 Mei 2010, Mavi Marmara, sebuah kapal 3 tingkat berasal dari turki, memuatkan lebih 500 orang aktivis, terdiri daripada
  • Ahli-Ahli Parlimen Amerika dan Eropah
  • Sebilangan Saintis
  • Sebilangan Wartawan/Penulis/Jurnalis
  • Sebilangan Doktor/Ahli Perubatan
  • Sebilangan Peguam & Pejuang Hak Asasi
  • Sebilangan Penerima Hadiah Nobel
  • Sebilangan Ahli Knesset Israel
  • Sukarelawan Yahudi, termasuklah seorang Holocaust Survival berusia 80 tahun
  • Sukarelawan Kristian, termasuklah Bishop Vatican, Father Hilariona Capucci
Serta tentunya, yang paling istimewa, saudara-saudaraku
  • Tokoh ulama’ Islam, antaranya  Syeikh Ra’id Salah, pengasas Pertubuhan Palestin 1948
  • Sukarelawan-sukarelawan Islam termasuklah 12 orang dari Malaysia (skuad Lifeline4Gaza dan wakil media)
Dan termasuklah keseluruhannya dengan 7 kapal lain, membawa 10,000 tan barang-barang kemanusiaan terdiri daripada
  • Makanan dan minuman
  • Ubat-ubatan
  • Peralatan-peralatan kesihatan (inkubator bayi, alat ultrasound dsb)
  • Peralatan-peralatan pendidikan (buku tulis, pensil, alat tulis)
  • Bahan binaan (simen)
  • Pelbagai lagi
menuju ke Gaza dalam misi Freedom Flotilla.
Namun pada awal pagi tersebut, Flotilla ini telah dihentikan di perairan antarabangsa oleh skuad komando dan angkatan tentera laut Israel. Komando Israel membuka serangan dengan membelasah dan melepaskan tembakan kepada para penumpang yang tidak bersenjata tersebut, sebaik sahaja menjejakkan kaki di atas kapal Mavi Marmara.
Tindakan yang kejam tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 aktivis terbunuh (murdered), dan puluhan yang lain cedera. Termasuklah yang cedera parah, adalah Syeikh Ra’ed Salah, sepertimana yang dilaporkan.
Berikutan dari itu, Israel telah merampas kapal Mavi Marmara dan kapal-kapal lain berserta muatannya, serta menculik penumpang-penumpang lain.
Sehingga kini, nasib para penumpang tidak diketahui. Semoga Allah mengurniakan mereka kesabaran dan ketabahan, menghadapi tentera-tentera Zionis Laknatullah.
.
Semoga kejadian ini, yang direkodkan dalam post ini, akan terus kekal disini dan dibaca oleh saya dan para generasi akan datang, bahawa kejadian yang mendukacitakan inilah wajah sebenar Israel, yang tidak akan berubah biarpun 1 tahun, 10 tahun, mahupun 100 tahun berlalu.
Sebagaimana mereka menzalimi Nabi-Nabi mereka ribuan tahun lampau, sebagaimana mereka menzalimi Rasulullah pada ratusan tahun lampau, sebagaimana itulah mereka menzalimi para muslimin dan dunia, pada semalam.
Khaybar, khaybar, ya yahud. Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.
Khaybar, khaybar, ya yahud. Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.
Khaybar, khaybar, ya yahud. Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.

 p/s:kite perlu diperingatkan kan sbenanye agar kite x lupe.jd dengo le tazkirah ke ceramah ke.muge walau da surut peristiwa ni x lame lagi(sure pnye surt kabo x siar sgt da nnt)kite ttp troskan 'bantuan'kite pade mereka dari jauh..nasihat ni amat2 khusus tok diri aku dulu coz riso kalu teman ni reti bkate tp x reti nk wat...nauzubillahiminzalik...TAKBIR!!

Comments
0 Comments

0 ngomelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Allah kan ade | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)